top of page

Kes Riza Aziz: Undang-Undang Jangan Bezakan Darjat


DS Anwar Ibrahim mengulas persoalan mengapa beliau tidak hadir sidang akhbar seusai titah DiRaja pada pembukaan Parlimen, 18 Mei lalu, Menurut beliau sidang media di Yayasan Kemimpinan Perdana bukanlah sidang media Pakatan Harapan (PH). Sebelum itu mesyuarat PH secara zoom telah memutuskan pemimpin-pemimpin PH dan Bersatu serta Warisan akan menandatangani kenyataan bersama dalam isu kerajaan Perikatan Nasional.

Oleh itu mesyuarat bersetuju tidak akan mengadakan sidang khas PH. Tetapi tidak menghalang mana-mana parti atau ahli parlimen membuat sidang masing-masing mengemukakan pandangan.


Anwar juga mengingatkan selepas ini semua sidang PH mesti diumumkan oleh sekretariat PH. Tidak boleh gunakan sekretariat KEADILAN atau mana-mana parti buat program bagi pihak PH.


Kontroversi titah DiRaja yang dianggap Tuanku Yang Dipertuan Agong mengiktiraf kerajaan PN dan menderhaka bagi sesiapa yang memperlekehkan kerajaan memerintah.


Anwar menjelaskan titah perasmian pembukaan Parlimen semasa beliau di dalam kerajaan drafnya dibuat oleh jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Timbalan PM. Selepas selesai dimasukkan imput, dibawa kepada PM dan PM akan berurusan dengan Agong Agong membaca titah bagi pihak kerajaan tetapi ada beberapa point tertentu yang Agong terlibat secara peribadi akan dimasukkan. Yang penting titah itu dibahaskan. Itu sebab ada perbahasan usul titah DiRaja.


Titah menjelaskan dasar kerajaan sedia ada. 'Jika kerajaan Tunku Abdul Rahman, Agong kata kerajaan beta, kerajaan Tun Razak pun kata kerajaan beta, kerajaan PH kata kerajaan beta.' Tunku sebut Covid 19 maka perlu dibahaskan: ada yang baik, tidak baik, ada yang dicuri, rasuah dan sebagainya perlu dibahas. Kemudian ada usul menyokong dan boleh dipinda untuk dibuat tambahan.


Kes penyelesaian Riza Aziz. Mantan Peguam Negara Tommy Thomas telah jelaskan dia tidak akui membebaskan Riza dengan rundingan. Persoalannya apakah munasabah diselesaikan kes seperti ini dengan rundingan dan memulangkan sedikit wang dicuri. Ambil RM1 bilion bayar RM100 juta maka selesai. Nanti ada orang curi 10 ekor ayam bayar seekor selesai. Kaedahnya sama, jangan pandang ringan.


Undang-undang tidak kenal darjat. Negara kena tegas membanteras rasuah. Rasuah tidak boleh memelihara golongan atasan, korporat dan mendera golongan bawahan.


Anwar selalu beri contoh biar orang senang faham. Mengapa tidak ambil tindakan orang berkuasa yang ambil RM100 juta tetapi dianggap komisyen. Mengapa pula diambil tindakan ke atas polis yang ambil RM10 dan dianggap korupsi. Tidak boleh ada undang-undang antara dua darjat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page