top of page

Kes positif Covid-19 cecah lebih 6,000 satu petanda buruk - Dr Lee


Dr Lee Boon Chye menyifatkan rekod 6,075 kes positif Covid-19 yang dicatatkan hari ini merupakan satu petanda buruk buat negara.


Bekas timbalan menteri kesihatan itu berkata, bilangan kes dilihat naik dengan begitu mendadak berbanding semalam, kemungkinan disebabkan ia merupakan kes yang dicatatkan sebelum PKP 3.0 dilaksanakan pada 12 Mei dan akan berakhir pada 7 Jun depan.


"Bilangan kes dijangka meningkat lebih tinggi. Tetapi pada akhir minggu ini atau minggu depan, kes sepatutnya akan turun kerana PKP.


"Namun, jika tidak, ia menunjukkan virus varian baru Covid-19 telah lama menyusup masuk ke dalam komuniti dan kita mungkin alami keadaan yang lebih buruk," katanya.


Bagaimanapun, Dr Lee menjangkakan kes-kes hanya boleh turun menjadi 2.000 hingga 3.000 kes setiap hari selepas tempoh PKP.


"Paling selamat untuk kita, bilangan kes perlu kurang daripada 1,000 atau lebih sedikit dari 1,000 kes dalam sehari," katanya.


Justeru, Dr Lee menggesa kerajaan menilai semula SOP sedia ada kerana data dari kluster yang dilaporkan menunjukkan bahawa penularan berlaku disebabkan orang ramai berkumpul dan kegagalan memakai topeng muka di tempat awam.


Dr Lee juga mencadangkan supaya kerajaan menyediakan peralatan kepada rakyat melakukan ujian saringan sendiri di rumah jika terdapat wabak di tempat kerja atau kawasan mereka.


Beliau berkata, Kementerian Kesihatan boleh menyediakan peralatan tersebut dan mendapatkannya dari negara luar dengan kos rendah.


"Sekiranya kita dapat menurunkannya menjadi RM10 atau RM20 setiap ujian, lebih banyak kes dapat dikenal pasti," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page