top of page

Kes Nik Elin: Muhyiddin sebar berita palsu - Fahmi



Kenyataan dibuat Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung isu petisyen peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid adalah palsu.


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menegaskan perkara itu sebagai respons kepada dakwaan Muhyiddin kononnya keputusan Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lalu yang membatalkan 16 peruntukkan di bawah bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 telah menyebabkan beberapa perbuatan yang bertentangan dengan hukum Islam tidak lagi menjadi kesalahan di negeri ditadbir Pas itu.


"Muhyiddin sebar berita palsu," kata Fahmi menerusi laman X semalam.


Pada Jumaat, Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 8-1 memutuskan bahawa 16 peruntukan kesalahan di bawah enakmen itu adalah batal dan tidak sah.


Keputusan itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel sembilan anggota selepas membenarkan permohonan Nik Elin dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman bagi mencabar isu perlembagaan untuk membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah enakmen tersebut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page