top of page

Kes keganasan rumah tangga meningkat, Kementerian Wanita gagal berfungsi


Kementerian Pembangunan Wanita dan Pembangunan Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dilihat masih gagal menangani isu sosial apabila berlaku peningkatan kes keganasan rumah tangga sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.


Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Merbok, Nor Azrina Suip@ Nurin Aina selaku jurucakap KEADILAN menyifatkan Kementerian Wanita tidak kompeten dan tidak serius menangani aduan peningkatan kes-kes keganasan rumah tangga yang meningkat secara mendadak.


Malah, mereka turut mempersoalkan tindakan kementerian yang tidak mendedahkan maklumat mengenai panggilan Talian Kasih secara sepenuhnya.


"Sehingga 14 November 2020, dilaporkan sebanyak 159,703 panggilan melalui Talian Kasih 15999 dan juga aduan menerusi WhatsApp di talian yang sama.


"Timbalan menteri KPWKM selanjutnya menjelaskan pecahan rekod talian,

yang mencatat sebanyak 1847 berkaitan kanak-kanak; 2287 berkaitan keganasan rumahtangga; 467 berkaitan gelandangan; 70,177 berkaitan permohonan bantuan kebajikan ; 4119 mengenai kaunseling; 661 kurang upaya dan 359 warga emas.


"Keraguan timbul apabila dicampur semuanya, hanya 79,917 dan bukannya 159,703, bermakna wujudnya 79,786 panggilan lagi yang tidak dijelaskan kategorinya oleh KPWKM.


"Pecahan segmen panggilan ke talian ini tidak harus dilihat mengikut unjuran pecahan nombor semata-mata. Sebaliknya, pada setiap aduan 1 kes keganasan rumahtangga, impaknya cukup besar terhadap sebuah keluarga dan kesejahteraan komuniti keseluruhannya," katanya dalam kenyataan.


Kenyataan Wanita KEADILAN itu juga menganggap respon balas Kementerian Wanita mendukacitakan walaupun keganasan rumah tangga dan khususnya keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak dilaporkan akan terus meningkat dalam tempoh pandemik.


"Maka kegagalan kementerian memperincikan statistik terkini; mekanisme pengurusan dan pengendalian aduan keganasan khususnya yang terkait dengan jenayah seksual termasuk kes gangguan seksual membuktikan kelemahan kementerian dalam memahami serta menangani realiti jenayah sosial yang sedang berlaku dalam ranah masyarakat ketika ini," katanya.


Kenyataan itu turut mempersoalkan kredibiliti Datuk Seri Rina Harun yang menerajui Kementerian Wanita dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).


"Kementerian yang telah diberikan mandat untuk membentangkan Rang Undang-Undang Gangguan Seksual di sidang parlimen kali ini, masih belum mereleasikan aspirasinya sebagai Kementerian barisan hadapan.


Kedibiliti dan komitmen YB Menteri juga dipertikaikan kerana respon menunjukkan bahawa YB Menteri hanya mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Keganasan Rumahtangga bersama semua pemegang taruh setakat 17 April 2020 yang lalu. Ini bermakna hampir 7 bulan daripada tarikh terakhir mesyuarat tersebut, tiada sebarang tindakan proaktif dibuat oleh kementerian," katanya.


Justeru, Izzah dan Azrina menggesa Kementerian Wanita bangkit dan memberikan perhatian kepada masalah yang dihadapi masyarakat ketika ini.


"Semenjak pelaksanaan tempoh PKP, kami juga tidak melihat sebarang inisiatif baharu apatah lagi komitmen mengurus isu-isu sosial pandemik dalam pandemik oleh KPWKM; ataupun dilibatkan dalam Majlis Keselamatan Negara.


"KPWKM ini perlu ke depan dalam usaha menangani kemelut masyarakat yang terus terdedah kepada bahaya pelbagai dimensi jenayah sosial.


"Selaku jurubicara parlimen KEADILAN yang memantau KPWKM, ia adalah kekesalan dan keraguan yang cukup jelas terhadap tahap kompetensi dan kredibiliti kementerian yang diharapkan menjadi kementerian paling kanan dan hadapan khususnya dalam menangani isu kebajikan rakyat dan isu sosial dalam tempoh pandemik ini.


"Kami menyeru agar KPWKM segera mengambil peranan dan tugas yang lebih efektif dalam mengendalikan mekanisme aduan, perlindungan serta relief yang wajar terhadap isu-isu sosial dalam pandemik demi kesejahteraan rakyat," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page