top of page

Kes kalimah Allah telah diambil tindakan, jangan terus hasut rakyat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 6, 2024
  • 2 min read


Pihak yang tidak bertanggungjawab dinasihatkan untuk tidak memecah belahkan perpaduan dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia dengan mengapi apikan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah yang telah pun diambil tindakan oleh kerajaan.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, prosidur undang undang telah pun dijalankan dalam menangani kes berkenaan dan pihak yang terlibat yang telah pun dihadap ke mahkamah.


"Kes stoking kerajaan buat apa? Apakah kita diam? Siasat. Tetapi jangan jadi hakim (sendiri), hukum.


"Ada kes siasat, beri kepada Peguam Negara. Ada bukti dakwa di mahkamah. Ada fakta sahih, hukum. Yang hukum bukan Perdana Menteri tetapi hakim. Yang itu (pembangkang) tak faham nak perintah macam mana? Ini prinsip dia.


"Kalau ada orang yang hasut (mempropagandakan isu) saya tak peduli. Saya kata kalau nak jaga negara, kalau nak negara aman damai, kita bertindak terhadap siapa pun. Saya tak peduli, salah mesti siasat, mesti dakwa," katanya dalam ceramah sempena lawatan kerja beliau ke Pulau Pinang, semalam.


Menurut Anwar lagi, fitnah tidak seharusnya ditabur oleh pemimpin politik yang menjadikan Islam sebagai jalan perjuangan politik mereka.


Tegas beliau, gelaran keagamaan tidak membuatkan seseorang itu tidak berdosa jika berbohong.


"Sekarang ada pula berita sejak Kerajan Madani ini (perintah) tidak ada lagi tilawah al Quran. Walaon ini terima begitu sahaja.


"Kamu belajar di mana boleh fitnah sedemikan rupa? Adakah kopiah dan serban, jubah itu membolehkan kamu bercakap sewenang wenang? Bila kita jawab, kamu (kerajaan) salah (sebab) kamu kritik ulama. Jadi ulama boleh buat kenyataan palsu dan kita tidak boleh tegur?


"Ulama ini pewaris para Nabi tetapi ada hadis Nabi (mengenai) ulama jahat. Orang politik begitu juga, orang baik ada, orang politik jahat pun ada," katanya.


Justeru, Anwar mengingatkan rakyat jangan termakan dengan propaganda pembangkang kononnya pada era pemerintahan PN keadaan hidup lebih baik dan barang keperluan lebih murah.


Hakikatnya, kata beliau, harga barang melambung pada 2020 - 2022 malah barang basah tertentu tiada di pasaran.


"Dia kata waktu ini harga barang semua mahal, masa dia perintah telur banyak, ayam murah. Minyak masak murah. Ini temberang kosong.


"Minyak masak kamu dulu RM45 (5kg), telur kadang kadang tak ada. Ayam kalau musim ini (hari raya) melambung naik. Saya pergi pasar, alhamdulillah ayam tak naik nak hari raya," katanya sambil diberikan tepukan gemuruh.


Dalam waktu sama, Anwar berkata, beliau telah mengarahkan pembangunan perumahan di Pulau Pinang mengikut pengalaman pentadbirannya menyediakan rumah mampu milik di Kuala Lumpur.


Katanya, pemaju diberikan insentif tertentu agar mereka membina rumah mampu milik dalam projek perumahan tetapi mereka tidak akan mengalami kerugian.


"Jadi kalau bina rumah rakyat, tapak permainan, kawasan hijau, kita akan beri subsidi. Jadi pihak pemaju ada keuntungan, kepada rakyat yang perlukan rumah mampu milik juga untung.


"Lima, enam projek rumah di Kuala Lumpur berhasil. 70,000 unit rumah baharu diluluskan kerana pendekatan sedemikian," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page