Kes kalimah Allah, seks luar tabii: Umno, Pas tidak boleh diharap bela Melayu - Islam



Keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai undang-undang syariah berhubung enakmen jenayah seks luar tabii di Selangor dan keputusan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjadi isu panas dalam sebulan kebelakangan ini.


Keadaan lebih mendesak apabila kerajaan 95% Melayu-Islam Perikatan Nasional (PN) tidak memberikan komen yang diharapkan sebagai pemerintah dalam kedua-dua isu berkenaan.


Bagi pakar undang-undang Perlembagaan, Dr Aziz Bari, kedua-dua kes tersebut telah mencabar kewibawaan Umno dan Pas sebagai parti Melayu kerana mereka begitu hebat menghentam kerajaan Pakatan Harapan (PH) kononnya anti Islam sepanjang pemerintahan 22 bulan yang lalu.


"Kita diberi gambaran (baru-baru ini), di mana mahkamah membuat perisytiharan bahawa tindakan pihak berkuasa menyekat penggunaan kalimah Allah (oleh bukan Islam) bersalahan dengan undang-undang. Selain memutuskan bahawa kalimah tertentu yang tidak dibenarkan kepada kalangan bukan Islam juga diisytiharkan sebagai tidak menurut undang-undang.


"Sebelum itu, kes di Mahkamah Persekutuan mengenai seks luar tabii yang keputusannya sebulat suara bahawa kesalahan liwat (yang) dibuat oleh pihak (kerajaan) negeri diisytiharkan sebagai tidak sah.


"Apa yang menarik dalam kes yang melibatan soal kalimah Allah yang melibatkan satu tindakan (saman) dari seorang wanita di Sarawak mendapat respons yang pantas dari pihak Umno dan Pas.


"Berbeza dengan apa yang berlaku dalam kes kes seks luar tabii itu, kali ini kedua-dua pihak ini segera mengambil sikap.


"Namun setakat membuat rayuan (di mahkamah lebih tinggi) saja, itu sesiapa pun boleh buat. Sepatutnya pihak yang ada akses kepada kuasa pemerintahan berbuat lebih daripada itu.


"Ini melibatkan mekanisme, sistem, inisiatif dan sebagainya," katanya dalam siaran langsung Facebook rasmi beliau, malam tadi.


Justeru, Ketua Pembangkang DUN Perak itu bersetuju dengan keresahan sebuah NGO memperjuangkan hak-hak Melayu-Islam beberapa hari lalu, yang kecewa dengan langkah hambar diambil Umno dan Pas berhubung keputusan penggunaan kalimah Allah.


"Yang menarik disebutkan, salah satu NGO yang aktif dalam isu-isu ini mereka jelas mengkritik Umno dan Pas yang antara lain menyebut parti yang ada kuasa tidak seharusnya mengkritik semata-mata. Sama seperti yang saya sebutkan sebelum ini, sebagai pihak berkuasa mereka harus bertindak sebagai kerajaan.


"Ada langkah yang proaktif menangani isu, itu kita masih tidak nampak. Itu menyebabkan NGO Melayu berkenaan kecewa dengan Umno dan Pas yang tidak berguna jadi kerajaan.


"Begitu juga menteri yang diberi potforlio agama masih senyap, masih menunggu, tak tahu apa hendak ditunggu," katanya.


Oleh itu, Dr Aziz menyeru rakyat memikirkan semula sokongan mereka kepada Umno dan Pas pada Pilihan Raya Umum ke 15. Bukan sahaja sebab kegagalan menunaikan janji membela bangsa dan agama tetapi, katanya, kedua-dua parti tidak ada idea apa yang seharusnya dilakukan bagi membetulkan keadaan.


"Mereka tak ada idea macam mana nak menangani isu ini. Kata mudahnya Umno dan Pas tidak boleh diharap jaga kepentingan orang Islam dan Melayu.


"PH pula apa yang boleh dibuat (dalam hal ini)? Kita ada benda yang mahu dibuat. Sekarang ini walaupun kita menerima keputusan mahkamah tetapi ada perkara yang perlu diperbaiki.


"Ini memerlukan beberapa langkah di pihak kerajaan dan Parlimen perlu menjelaskan. (Anehnya dalam hal ini) ahli akademik yang condong kepada PN tidak memberikan pandangan.


"Atau pun ada pandangan tetapi kerajaan sibuk membeli Ahli Parlimen sehingga mereka tak peduli dengan kebajikan orang Islam dan Melayu. Saya ingatkan rakyat kena nyahkan Umno dan Pas (dalam PRU) kerana tidak boleh diharap," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
5304
64
8163
Total
657,508
3908
580,276

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
347,342
9,422
391,535
Total
176,420,883
3,811,183
158,674,643

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER