top of page

Kes Covid-19 melonjak, KKM harap rakyat tidak perlu ulangi PKP



Oleh: Helmi Mohd Foad


Kementerian Kesihatan (KKM) berharap peningkatan mendadak kes Covid-19 tidak menyebabkan rakyat negara ini perlu mengulangi sekatan seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagaimana sebelum ini.


Menterinya Datuk Dr Dzulkefly Ahmad berkata, bagi menghadapi lonjakan kes itu kementerian sedang memperkukuhkan Pelan Pengurusan Covid-19 melalui lima strategi utama.


"Malaysia sedang menghadapi peningkatan kes Covid-19 yang mendadak, kita akui harap agar situasi ini dapat ditangani tanpa perlu melalui sekatan seperti PKP yang berlaku pada awal pandemik Covid-19.


"Kita tidak bercakap tentang (laksana) PKP, sebab ada bertanya...ada kegusaran," katanya dalam sidang media khas di Putrajaya hari ini.


Dzulkefli berkata strategi tersebut ialah pengesanan awal kes Covid-19 dan varian SARS-CoV-2; pemerkasaan komuniti melalui amalan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, dan Seek) dan pemantauan fasiliti kesihatan, pengurusan dan kawalan kes Covid-19 terutamanya untuk melindungi golongan berisiko tinggi.

Katanya strategi keempat ialah pemerkasaan komuniti melalui komunikasi risiko yang berkesan dan pendigitalan sistem kesihatan dalam pengurusan pandemik melalui aplikasi MySejahtera.


Terdahulu, Dr Dzulkefly memaklumkan status terkini kes Covid-19 bagi Minggu Epidemiologi (ME) 50/2023 dari 10 Disember 2023 hingga 16 Disember lalu, kes baharu dicatatkan sebanyak 20,696 kes iaitu peningkatan sebanyak 62.2 peratus berbanding dengan jumlah kes pada ME 49/2023.


Katanya sebanyak 97 peratus kes merupakan dalam kategori 1 dan 2 manakaka kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 151 kes dengan 96 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.


Kes kematian, katanya, sebanyak 28 kes dengan kadar kematian 0.1 peratus dengan kadar tertinggi melibatkan pesakit berumur 60 tahun ke atas (85 peratus) dan yang mempunyai komorbiditi (93 peratus).


"Secara keseluruhan, walaupun terdapat peningkatan kes Covid-19 yang dilaporkan, keadaan semasa di Malaysia masih dalam keadaan terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada.


"KKM akan terus memantau situasi Covid-19 dan varian berkaitan di dalam dan luar negara," katanya.


Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan Covid-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web KKMNOW di https://data.moh.gov.my.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page