top of page

Kes Bella: Segerakan Akta Profesional Kerja Sosial dan Pekerja Belia



Penderaan ke atas adik Bella yang kesnya sedang dibicarakan di mahkamah ketika ini seharusnya membuka mata pihak kerajaan untuk menyediakan akta khusus kepada pekerja sosial, terutama yang menguruskan kanak kanak.


Menurut calon Ketua Wanita KEADILAN pusat, Senator Fadhlina Sidek, Rang Undang Undang Akta Profesional Kerja Sosial dan Pekerja Belia amat penting diwujudkan bagi memberi panduan jelas kepada penggerak masyarakat berkaitan sosial yang banyak dilakukan secara sukarela ketika ini.


"Ramai yang meminta saya mengulas berkaitan isu yang hangat baru-baru ini. Sebagai seorang peguam, ada beberapa etika guaman yang perlu saya akur dan tinggi harapan saya agar peguam terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dengan kes ini juga sentiasa kembali ke etika tersebut.


"Konsepnya jelas, bahawasanya kes ini telahpun mendapat perhatian awam dan turut mendapat reaksi eksklusif di peringkat tertinggi.


"Malangnya, tindakan di peringkat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) adalah bertitik tolak kepada respon awam dan bukanlah sebagai pemegang taruh utama yang menjadi barisan hadapan yang melindungi mangsa itu sendiri.


"Ia merupakan kegagalan sebuah kementerian yang gagal melindungi serta mempertahankan kanak-kanak dan hanya memberi respon kepada seruan yang dramatik," katanya.


Beliau turut menegaskan RUU Profesional Kerja Sosial dan Pekerja Belia sangat perlu dibentangkan dan diluluskan di Dewan Rakyat memandangkan pelbagai rumah kebajikan yang diwujudkan dewasa ini oleh orang perseorangan mahu pun NGO tidak mempunyai peraturan yang standard dalam kalangan pihak yang menguruskannya.


"Yang Berhormat Menteri KPWKM sepatutnya menggesa agar Akta Profesion Kerja Sosial dan Pekerja Belia dapat disegerakan bagi membendung isu yang sama berulang di masa hadapan. Ini tanggungjawab mutlak pembuat dasar dan bukannya menyumbang kepada satu siri kunjungan yang kononnya dapat menutup mulut netizen.


"Manakala #Justice4Bella adalah gerakan massa yang penting ketika ini untuk menggerakkan kesedaran perlindungan dan hak kanak-kanak.


"Semoga masyarakat dan komuniti akan sentiasa cakna dengan kumpulan kanak-kanak dan belia rentan seperti Bella. Ini adalah masa yang paling genting dan boleh dimaknai dengan meratakan maklumat, infomasi dan pengetahuan am berkait tata kelola rumah perlindungan dan evolusi kebajikan yang tuntas di negara ini," katanya lagi.


Untuk rekod, banyak pihak mendesak tindakan penderaan ke atas kanak-kanak sindrom down dikenali sebagai Bella perlu dijadikan asas untuk bertindak mengawasi lebih menyeluruh pengurusan rumah rumah kemajikan.


Tanggungjawab tersebut harus dipikul oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang membenarkan pengoperasian rumah rumah kebajikan, biar pun banyak tidak berdaftar dengan agensi tersebut.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page