top of page

Kes Azam Baki: 'Kenyataan hasil siasatan SC mengecewakan' - Maria Chin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 20, 2022
  • 1 min read


Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah kecewa dengan kenyataan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia(SC) berhubung siasatan ke atas pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.


Bercakap kepada media di luar kawasan Parlimen pagi tadi, Maria menegaskan, Azam telah mengakui adiknya menggunakan akaun beliau membeli saham dan hal itu amat jelas, bukannya sesuatu yang kabur dalam peraturan.


"Saya rasa kecewa dengan SC kerana mereka kata inconclusive finding. Saya tuntut SC bagi kita laporan apa dapatan mereka (dalam kes Azam) supaya kita boleh faham lebih dalam mengapa inconclusive, kerana Azam Baki telah mengaku bahawa dia ada proksi, dan adik dia pegang akaun dia.


"Ini disiarkan dalam media. Bila dia uruskan saham sebagai nominee, proksi atau memegang akaun Azam Baki, ke mana dana itu pergi, disalur ke bank yang mana?


"Itu lebih bagus kalau Azam jelaskan," katanya.


Selain itu, Maria juga menimbulkan persoalan sama ada Azam telah mengisytiharkan hartanya ketika dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM sebagaimana kehendak undang undang.


"Sebelum dia jadi Ketua Pesuruhjaya SPRM adakah dia mengisytiharkan aset dia yang ada dalam undang undang SPRM, dan adakah dia memegang saham kurang RM100,000, seperti yang ada dalam undang undang (peraturan perhidmatan awam).


"Dia tidak boleh mempunyai syer atau waran lebih RM100,000. Dia mesti faham kerana dia berkhidmat lebih 10 tahun, jangan kata dia tak tahu," katanya lagi.


Kelmarin, SC dalam kenyataannya berkata suruhanjaya itu sudah menamatkan inkuiri berkaitan akaun dagangan Azam dan berdasarkan keterangan yang dikumpulkan, mereka tidak dapat membuat penemuan secara konklusif bahawa berlakunya pelanggaran di bawah Seksyen 25(4) SICDA.

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page