top of page

Kes Ahmad Maslan: Kompaun selepas pendakwaan tidak wajar - Sivarasa



Tawaran kompaun kepada Ahmad Maslan tidak wajar diberikan selepas pendakwaan dibuat.


Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah berkata tawaran itu menimbulkan keraguan awam mengenai ketelusan perjalanan pendakwaan ke atas Setiausaha Agung Umno berkenaan.


"Peguam negara kelihatan dikompromi sepenuhnya dalam penarikan semula pendakwaan terhadap Ahmad Maslan.


"Mengapa tawaran kompaun dibuat setelah pendakwaan bermula? Adakah ia untuk membuka jalan kepada Ahmad Maslan menjadi timbalan yang dipertua?" soalnya di Twitter semalam.


Mengulas isu sama, Ahli Jawatankuasa Pemuda Amanah Nasional, Zamir Ghazali pula mendakwa, selepas Umno menjadi kerajaan kluster mahkamah berpeluang membebaskan diri dengan membuat ‘default’ di peringkat pendakwaan, menjadikan kes tersebut tidak dibawa untuk perbicaraan atas alasan teknikal.


"Jadi kita lihat bagaimana kluster mahkamah ini berjaya dilepaskan satu persatu kerana kes mereka itu dibatalkan di peringkat kertas pendakwaan oleh pihak pendakwa raya, sama ada Peguam Negara dan juga Timbalan Pendakwa Raya.


"Inilah yang berlaku dan kita tak terkejut dengan keadaan ini. Apa yang berlaku ini adalah sesuatu yang sangat malang sekali kerana jumlah (pertuduhan) yang terlibat dalam isu rasuah oleh kumpulan kluster mahkamah ini, melibatkan wang rakyat yang bukan sedikit,” katanya dipetik Malaysia Dateline.


Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebas dan melepaskan Ahmad Maslan daripada pertuduhan tidak mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi pernyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Hal itu ekoran tindakan pendakwaan yang menarik balik kedua-dua tuduhan selepas ahli parlimen Pontian itu setuju membayar kompaun berjumlah RM1.1 juta

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page