Kerusi PH: DAP Sarawak perlu bertolak ansur di kawasan KEADILAN berpotensi menang



KEADILAN Sarawak menyeru DAP negeri itu kembali ke meja rundingan melakukan pembahagian kerusi sebelum hari penamaan calon.


Menurut KEADILAN Sarawak, rundingan dan persetujuan yang diperolehi DAP negeri sebelum ini bersama Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN, Larry Sng tidak diketahui butirannya oleh parti dan tidak boleh dianggap keputusan parti.


"Selama berbulan-bulan kami cuba bertemu dengan pimpinan tertinggi DAP Sarawak untuk membincangkan perkara itu tetapi berhadapan dengan penolakan


"Kami telah menjelaskan berikutan pemergian bekas Pengerusi KEADILAN, Larry Sng pada Februari 2021, sebarang perjanjian peribadi yang dibuat oleh beliau dengan DAP Sarawak adalah terbatal dan tidak sah kerana dilakukan secara persendirian tanpa pengetahuan dan persetujuan pemimpin dan akar umbi KEADILAN Sarawak," kata MPN Sarawak dalam kenyataan.


Menurut mereka, KEADILAN turut mempunyai calon yang berpotensi di beberapa kawasan yang dituntut untuk ditandingi tetapi telah dilepaskan begitu sahaja dalam persetujuan yang dilakukan oleh bekas pengerusi negeri.


"Sejak awal 2020, KEADILAN mengenal pasti calon Dayak yang berpotensi tinggi di DUN Kemena yang telah melakukan pelbagai aktiviti kebajikan komuniti dan bantuan yang meluas di seluruh Kemena semasa pandamik Covid-19. Beliau mendapat sokongan akar umbi yang sangat baik daripada masyarakat Iban tempatan.


"Apatah lagi asalnya kerusi Kemena adalah kerusi KEADILAN tetapi dipinjamkan kepada DAP pada pilihan raya 2016 yang kemudiannya DAP kalah.


"Dengan kekuatan dan prestasi calon yang ada sekarang, kami perlu mengembalikan kerusi ke pangkuan KEADILAN agar kami dapat bertanding di kerusi majoriti Dayak ini. Kami membentangkan KPI dan dokumen calon kami kepada Pengerusi PH Sarawak tetapi beliau enggan membaca atau meneliti fakta dan data.


"Apa yang lebih membingungkan ialah Pengerusi PH sendiri enggan memberitahu kami siapa yang dicadangkan sebagai calon DAP di Kemena. Sepanjang pengetahuan kami, tidak ada calon DAP memimpin akar umbi yang bergerak aktif di Kemena selama 3 tahun yang lalu," kata mereka.


Selain itu, menurut MPN Sarawak, KEADILAN juga berpotensi di kerusi Senadin dan Piasau yang mana DAP kalah kepada SUPP dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 2016.


Manakala calon DAP di DUN Pujut pula dibatalkan kemenangan kerana isu kewargenegaraan Australia.


"Oleh itu, kerusi Pujut kekal kosong sepanjang tempoh 3 tahun. Kami telah meminta DAP Sarawak membincangkan calon mereka dengan KEADILAN Sarawak agar kita dapat bersama-sama menyusun formula kemenangan di Kemena tetapi DAP Sarawak sekali lagi enggan berunding


"Faktanya, pada 2018, Ahli Parlimen Miri selama 2 penggal, Dr Michael Teo Yu Keng, telah memenangi kerusi Parlimen Miri dengan majoriti tinggi di Piasau, Senadin dan Pujut. KEADILAN Sarawak mendapat sokongan akar umbi yang kuat daripada masyarakat Cina dan Dayak di 3 kerusi DUN ini.


"Kami mempunyai barisan pimpinan pelbagai kaum termasuk Orang Ulu, Iban, Kedayan, Melayu dan Cina di kawasan Miri. DAP Sarawak ditawarkan formula kemenangan (“win-win situation”) di mana kita mahu mereka bertanding di Pujut dan KEADILAN bertanding di Senadin serta Piasau. Hasrat kami adalah untul menyediakan barisan pimpinan dan akar umbi yang kuat, bersatu-padu dan mampu mendukung aspirasi rakyat.


"Walau bagaimanapun, kami sangat kecewa apabila DAP Sarawak masih enggan terlibat dalam sebarang rundingan dan terus menuntut ketiga-tiga kerusi itu walaupun prestasi mereka kurang memuaskan," kata mereka


Justeru, KEADILAN Sarawak bertanya kepada DAP Sarawak di manakah perpaduan dan setiakawan?


Kata mereka, perundingan PRN12 harus dilakukan secara terhormat, terbuka dan telus demi membina persefahaman yang kuat pada masa untuk sama-sama membawa pembaharuan dan perubahan secara efektif bukan sekadar menguasai kerusi majoriti Cina di kawasan bandar.


"Kita memerlukan pimpinan berbilang kaum, dengan sokongan akar umbi yang kuat untuk mendekati rakyat di kawasan pedalaman Sarawak," kata mereka lagi.





0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER