top of page

Kertas Putih Kesihatan dibentangkan di Dewan Rakyat minggu depan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 31, 2023
  • 1 min read


Kertas Putih Kesihatan bakal dibentang di Dewan Rakyat pada sidang yang dijadual bersambung minggu depan hingga 15 Jun ini.


Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa mengesahkan pihak kementerian telah mendapat kelulusan daripada Setiausaha Parlimen untuk Kertas Putih Kesihatan itu dibentangkan.


Walau bagaimanapun jelasnya, dokumen tersebut akan terlebih dahulu dibawa ke Kabinet pada minggu depan.


"Kita memang dah dapat persetujuan daripada Setiausaha Parlimen untuk bentang (Kertas Putih Kesihatan) di sesi Parlimen akan datang pada Jun. Kita sedang mendapatkan tarikh sebenar untuk dibentang di Parlimen.


"Selepas bentang, bila pula kita akan laksana? Apa yang kita bentang ini masih dalam peringkat konsep, tetapi kita sudah ada rangka yang meliputi empat tonggak," katanya pada sesi taklimat bersama media berhubung Kertas Putih Kesihatan, di Putrajaya pada Selasa.


Kertas Putih Kesihatan menggariskan empat tonggak dan 15 strategi reformasi kesihatan bermatlamatkan ke arah satu sistem kesihatan yang memfokuskan kepada perkhidmatan pencegahan dan promotif agar rakyat kekal sihat dan sejahtera.


Antara strateginya, penstrukturan semula peranan KKM, meningkatkan pelaburan untuk kesihatan dan memantapkan tenaga kerja untuk kesihatan.


Ia dianggap pelan reformasi berperingkat selama 15 tahun yang meliputi jangka masa pendek, sederhana dan panjang.


Bagi memastikan reformasi berkenaan berjaya dicapai, jelas Dr Zaliha, Suruhanjaya Reformasi Kesihatan akan ditubuhkan yang mana terdiri daripada pelbagai kementerian, agensi dan pemegang taruh.


Suruhanjaya tersebut akan membincangkan strategi-strategi yang digariskan oleh KKM dalam Kertas Putih Kesihatan.


"Keempat-empat tonggak yang kita gariskan ini tidak berdiri sendiri, ia saling berhubungan antara satu sama lain dan dari segi tonggak pertama, ia sudah ada yang kita laksanakan.


"Cumanya kita perlu menambah baik sistem penyampaian tersebut. Contohnya, dalam aspek digital, banyak perkara yang perlu kita laksanakan," tambahnya.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page