top of page

Kerjasama PN - Tun Mahathir tidak ke mana - Dr Jeniri




Kerjasama Perikatan Nasional (PN) dan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dijangka tidak akan mencapai tujuan memenangkan PN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Julai ini.


Menurut penganalisis politik, Prof Madya Dr Jeniri Amir dari Fakulti Pengajian Bahasa dan Pengajian Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), kerjasama itu mungkin malah memberi beban tambahan kepada PN memandangkan Tun yang sudah kurang relevan dalam politik Malaysia.


"Tun Mahathir telah hilang deposit dan kalah teruk dalam PRU lalu, apa beza beliau ketika itu dengan beliau dalam menghadapi PRN akan datang?


"Reputasi beliau telah musnah setelah beliau letak jawatan (sebagai Perdana Menteri) daripada (kerajaan pentadbiran) Pakatan Harapan (PH) tanpa sebab," katanya dipetik BH.


Tambah Dr Jeniri, Mahathir tidak akan mampu menarik sokongan pengundi Melayu terutama generasi muda terhadapnya.


Kerjasama itu, katanya tidak akan memberi impak positif tambahan pula kebanyakan penyokong PN kurang senang dengan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu yang banyak mengkritik mereka sejak Tun meninggalkan Bersatu pada 2020 lalu.


"Muhyiddin nak menang, beliau tak mampu sakitkan hati orang dan bermusuhan dengan sesiapa. PN mahu dapatkan sokongan, namun dengan bekerjasama dengan Dr Mahathir PN mungkin kehilangan sokongan," katanya.


Kelmarin Pengerusi PN, Mahiaddin Yassin berkata beliau sedia bekerjasama dengan Tun Mahathir demi matlamat memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam.


Ia susulan bekas Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu terlebih dahulu menyatakan kesediaannya bekerjasama semula dengan bekas sekutunya itu.

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page