Kerjasama pelbagai parti trend politik semasa, berlaku di Johor - Nik Nazmi



Pro dan kontra kerjasama politik antara KEADILAN / Pakatan Harapan (PH) dan Umno disensasikan oleh media arus perdana yang menimbulkan kritikan daripada sebilangan penyokong akar umbi, terutama berkenaan rekod buruk Umno yang tidak harus dijadikan rakan politik.


Bagi Setiausaha Pengelola KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad, hubungan dengan parti pesaing sejak 1998 itu belum sampai ke peringkat kerjasama.


Bagaimanapun, beliau tidak menolak usaha ke arah itu kerana pada peringkat kerajaan, Umno telah pun bekerjasama dengan PH dalam pembentukan legislatif di Johor.


"(Soal kerjasama) boleh dibincang, bukan kita kata sudah pasti kerjasama, bukan ada persefahaman, belum ada. Memang wujud kebimbangan.

"Kita tidak mahu menghakis nilai-nilai yang kita bina sebagai KEADILAN. Kita juga mahu mempertahankan PH. Pada masa sama kita juga kena menerima hakikat bahawa konsep kerjasama parti tidak sama seperti dahulu


"Dulu kita lihat parti Perikatan; Umno, MIC, MCA dari awal letak satu calon bertanding dan kemudian mereka terus kerjasama lepas pilihan raya. Di peringkat kita, kita pernah ada Angkatan Perpaduan Umah, Gagasan Rakyat, Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan PH.


"Tetapi adakah itu satu-satunya model? Di Jerman mereka bertanding semua (parti). Ada Green Social Party ada Christian Democrat. Tetapi selepas pilihan raya jika tak cukup bilang mereka akan cari kawan untuk membentuk kerajaan.


"Misalnya kita lihat (kerajaan) Johor (legislatif), Menteri Besar (MB) Umno, Speaker Amanah, Timbalan Speaker DAP. Di Perak dalam kemelut selepas jatuhnya MB Bersatu, timbul cadangan untuk DAP bersedia sekiranya perlu kerjasama dengan Umno.


"Bagi saya itu bukan suatu yang mustahil malah menjadi trend politik negara, kita bergerak ke arah itu," katanya dalam wawancara bersama The Malaysian Insight, semalam.


Bagaimanapun, Ahli Parlimen Setiawangsa itu memberi jaminan sekiranya hubungan lebih serius dianjurkan bersama Umno prinsip utama perjuangan Reformasi tidak akan dikompromi.


"Dalam isu rasuah, dalam isu salah guna kuasa, perkara-perkara itu tidak boleh ditolak ansur, KEADILAN juga berpegang kepada Perlembagaan mengenai agama Islam, kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah Sarawak, Raja-raja Melayu dan sebagainya. Tetapi kita juga menekankan kepentingan masyarakat lain. Rakyat Malaysia (kaum) lain sebagimana termaktub dalam Perlembagaan," katanya .


Mengulas mengenai struktur PH yang belum ampuh sebagaimana persediaan gabungan itu ketika melawan BN pada pilihan raya umum (PRU) 14 lalu dengan menetapkan calon PM, Tun Mahathir dan Timbalan PM Datuk Seri Dr Wan Azizah empat bulan sebelum PRU, Nik Nazmi berkata isu tersebut masih diperhalusi. Malah PH juga katanya, tidak membuat kabinet bayangan kerana beberapa perkara yang belum diselesaikan.


"Sebab itu saya dan beberapam pimpinan lain, kami yakinkan Presiden Datuk Seri Anwar, di peringkat Parlimen kita ada jurucakap (bagi membayangi kementerian pemerintah)


"Satu lagi (kabinet bayangan) cara pembentukannya tidak disepakati. Kita mahu fokus supaya ia efektif. Tidak guna ada kabinet bayangan tetapi tidak berfungsi.


"Di United Kingdom sistem shadow cabinet mereka ada peruntukan dipanggil Short Money, ia diberi khusus kerana parti pembangkang tidak ada akses yang sama kepada penjawat awam. Pembangkang ada peruntukan untuk penyelidik, penggubal dasar tetapi tidak ada di sini," katanya lagi.


Ura-ura pembentukan kerjasama antara KEADILAN/PH dan Umno menjadi tajuk utama media sejak wawancara akhbar Utusan Malaysia bersama Datuk Seri Anwar beberapa hari lalu, yang dianggap sebagai tindakbalas KEADILAN kepada 'pembelian' beberapa Ahli Parlimen parti itu menyertai kerajaan memerintah.


Namun dalam penjelasan Pengerusi PH pada 16 Mac lalu, penerokaan hubungan tersebut masih di peringkat awal dan belum ada sebarang kata putus dibuat.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER