top of page

Kerjasama BN-PN mampukah bertahan lama?

Writer: Akmal Manaf
Akmal Manaf
Jul 27
1 min read

Gabungan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan disifatkan sukar bertahan lama, kata Azzin Izzad Bahanudin (gambar).


Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Perlis itu berkata, umum mengetahui Umno dan Pas pernah bergabung menerusi Muafakat Nasional (2020 - 2021) namun kerjasama tersebut mungkin tidak kekal lama.


Tambahan pula, dengan sikap Presiden Wawasan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang 'gelojoh' memberi nama Perikatan-BN kepada kerjasama baharu itu.


"Pandangan saya, PRN Negeri Sembilan ini hanya nampak PN yang beria mengumumkan gabungan mereka bersama BN, sedangkan BN nampak masih samar-samar seakan hanya ingin menunggang penyokong PN sahaja.


"Kita boleh lihat BN menempelak Presiden Wawasan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkenaan nama Perikatan Barisan Nasional (PBN) dan pada pandangan saya gabungan ini tidak akan kekal lama," katanya ketika dihubungi.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penggunaan perkataan ‘Perikatan’ pada pangkal nama gabungan itu, yang menurut sesetengah pihak memberi gambaran seolah-olah BN dibayangi atau didominasi oleh PN sejak awal kerjasama.


Mengulas lanjut, Azzin Izzad memuji Pakatan Harapan (PH) yang sehingga kini kekal utuh bersama parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan.


Terdahulu, Hamzah yang juga Ketua Pembangkang mencadangkan agar gabungan BN-PN menggunakan nama Perikatan Barisan Nasional (PBN).


Menurut Hamzah, penggunaan nama tersebut bertujuan mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat berhubung kerjasama kedua-dua gabungan politik berkenaan.


Bagaimanapun idea berkenaan ditempelak oleh pemimpin Umno yang menyifatkan kerjasama berkenaan masih di peringkat awal dan belum wujud jawatankuasa kedua belah pihak.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page