Kerjakan ibadah haji wajib, mengundi ada pilihan - Fakhrulrazi


Pendapat Presiden Pas, Hj Hadi Awang bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah menangguhkan ibadah haji dan umrah bagi menuju kemenangan politik Islam tidak boleh digunakan sama sekali dalam konteks politik Malaysia.
Menurut Penggerak MAPIM bagi rantau Asia Tenggara, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, sebaliknya ibadah haji bagi umat Islam Malaysia yang tidak berhalangan adalah wajib.
Manakala katanya, mengundi berdasarkan undang undang tidaklah wajib dan pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning tidak terikat dengan pendapat Hj Hadi serta boleh memilih untuk melakukannya.
"Pengundi Ayer Kuning yang mendapat panggilan haji tahun ini wajib menunaikan haji kecuali perkara yang menggugurkan kewajiban (berhalangan).
"Ada pun mengundi dalam PRK bukan kewajipan dan tidak mengatasi kewajipan menunaikan haji, malahan mengundi PN bukan kewajipan pun," katanya.
Berdasarkan hukum fiqh, kata Fakhrulrazi, fardu ain seperti mengerjakan haji lebih utama daripada fardu kifayah membuang undi.
"Perkara fardu kifayah tidak akan dapat mengatasi perkara wajib.
"Haji adalah rukum Islam dan wajib ditunaikan manakala politik berubah mengikut keadaan dan merupakan fardu kifayah," ujarnya.
Sehubungan itu, Fakhrulrazi yang juga mantan ADUN Meru membantah pandangan semberono Hj Hadi berkaitan keutamaan politik dan ibadah haji dalam konteks politik Malaysia.
Beliau turut bersedia berdebat menghadapi Hj Hadi sekiranya pemimpin Pas itu mahu melakukannya.
"Cukuplah merosakkan pemikiran orang sehingga rukun Islam pun nak diletakkan lebih tinggi daripada politik.
"Saya secara terbuka bersedia berdebat dengan Haji Hadi (atas isu tersebut)," katanya lagi.
Kelmarin dalam ceramahnya di Ayer Kuning, Hj Hadi dilaporkan memberi 'isyarat' agar masyarakat Islam di negara ini mengutamakan kemenangan politik, selain perlu menangguhkan hasrat menunaikan umrah dan haji.
Beliau mendakwa, ketetapan tersebut dibuat dengan mengambil ibrah peristiwa Rasulullah dihalang melaksanakan umrah hingga termeterainya perjanjian Hudaibiyah.




Starting with https://de.trustpilot.com/review/casinoohnelizenz.org, I found reader feedback that mirrors the frustration many Malaysians feel when religious rulings get bent for political convenience. The fiqh distinction Fakhrulrazi draws between fardu ain and fardu kifayah is the kind of clarity this debate has been missing, and it's refreshing to see someone willing to defend it publicly rather than hide behind ceramah rhetoric.