'Kerja utama kerajaan tarik pelabur, pulihkan ekonomi, bukan main politik'



Pemimpin kerajaan Perikatan Nasional sewajarnya sedar tanggungjawab masing-masing untuk apa rakyat membayar gaji mereka.


Ahli Parlimen Padang Serai, M Karupaiya berkata, peranan utama kerajaan bukanlah bermain politik tetapi memastikan negara menarik pelaburan asing dan memulihkan ekonomi ketika pandemik Covid 19.


"Kerajaan dan Perdana Menteri terus bermain politik dan cuba menarik sokongan Ahli Parlimen pembangkang.

"Perkara utama yang perlu dilakukan oleh Perdana Menteri dan kerajaan bukanlah bermain politik tetapi berusaha untuk menarik pelaburan luar bagi memulihkan ekonomi negara.


"Jika kerajaan tidak yakin dengan polisi yang dilakukan maka Parlimen boleh dibuka supaya perbincangan dan semak dan imbang dapat dilakukan secara menyeluruh.


"Apa yang berlaku semasa darurat ini, terutama usaha untuk membeli Ahli Parlimen telah mencemar semangat demokrasi negara dan membuat rakyat menjauhkan diri dari politik," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Karupaiya lagi, bagi beliau, keutamaan dalam politik adalah untuk berbakti kepada penduduk Padang Serai.


Kebajikan rakyat, katanya perlu menjadi fokus nombor satu mana-mana Ahli Parlimen yang telah mengangkat sumpah jawatan.


"Sebagai Ahli Parlimen pembangkang saya akan terus menyuarakan kesusahan rakyat terutama di Parlimen Padang Serai.


"Saya juga akan terus memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakyat Malaysia.


"Mesej ini kepada Kerajaan Perikatan Nasional, jika mempunyai majoriti maka buka Parlimen supaya isu rakyat boleh dibicara oleh semua Ahli Parlimen," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
1638
3
1449
Total
349,610
1286
333,892

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
634,746
6,993
432,526
Total
130,914,490
2,852,527
105,374,969

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER