top of page

Kerja senggaraan air Selangor dilakukan elak kebocoran, pencemaran berulang



Kerja senggaraan besar-besaran dilaksanakan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) melibatkan puluhan ribu akaun pengguna pada bulan ini terpaksa dilaksanakan bagi mengelakkan insiden pencemaran atau kebocoran berulang.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam infografik di Facebooknya memaklumkan sekiranya kerja-kerja senggaraan tidak dilakukan maka hal itu boleh menyebabkan kerosakan aset air dan ketiadaan air secara mengejut pada masa akan datang.


"Air Selangor akan melaksanakan kerja penyelenggaraan yang tertangguh sejak 2019. Kerja ini penting bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini seperti kebocoran paip SSP 1 pada tahun lalu," katanya.


Inforgrafik yang disertakan itu menyebut kerja penyelenggaraan akan dilaksanakan mulai jam 9 pagi pada 13 Oktober dan bekalan dijangka pulih secara berperingkat mulai jam 5 petang 14 Oktober.


Sebanyak 998 kawasan terlibat meliputi Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langar dan Kuala Selangor.


Sepanjang kerja itu berjalan Air Selangor akan menggerakkan 105 lori tangki ke kawasan terjejas terutama hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian.


Agensi juga akan menyediakan 18 pili awam bagi memudahkan pelanggan mendapat bekalan air bersih sementara proses pemulihan berlaku.


Sebanyak empat stesen pengisian air setempat turut dibuka kepada pelanggan komersial yang mahu membeli air menggunakan lori tangki termasuk bantuan dari pejabat Ahli Dewan Negeri, Ahli Majlis dan sukarelawan Team Selangor


0 comments

Recent Posts

See All

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page