top of page

Kerangka MADANI model pentadbiran beretika diperkenal di Bangladesh

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Dr Maszlee berucap di 'Modenisasi/Agama Untuk Bangladesh Baharu Selepas Kebangkitan Massa Julai 2024'
Dr Maszlee berucap di 'Modenisasi/Agama Untuk Bangladesh Baharu Selepas Kebangkitan Massa Julai 2024'

Oleh: Akmal Manaf


Dr Maszlee Malik mula memperkenalkan Kerangka MADANI dari Malaysia sebagai model pentadbiran beretika kepada khalayak antarabangsa di Bangladesh, yang kini berada dalam fasa pasca kebangkitan massa yang berlaku pada Julai 2024.


Pengerusi International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia itu dijemput menjadi salah seorang panelis bagi sesi bertemakan 'Modenisasi/Agama Untuk Bangladesh Baharu Selepas Kebangkitan Massa Julai 2024' sempena Persidangan Delta Bengal 2025, Dhaka baru-baru ini.


Beliau yang juga Pengarah Biro Antarabangsa KEADILAN menyatakan kepada hadirin bahawa agama wajar diterima dalam ruang awam Bangladesh sekiranya ia boleh berfungsi melalui etos dan nilai-nilainya untuk memperkukuh tadbir urus yang baik, pentadbiran yang cekap dan menghapuskan rasuah.


Dalam pada itu, agama wajar diterima jika ia membawa kepada pembangunan, menggerakkan roda ekonomi, memastikan akses pendidikan berkualiti yang saksama kepada semua warganegara membasmi kemiskinan dan kemiskinan tegar.


Katanya, peranan agama juga layak diangkat jika meningkatkan kemahiran tenaga kerja, mempertingkatkan produktiviti, menjamin pemerkasaan wanita serta penyertaan mereka dalam politik.


''Selain itu, agama patut diterima jika ia dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan dasar awam, melindungi hak kanak-kanak, orang kelainan upaya, komuniti terpinggir serta mereka dari kawasan pedalaman, serta meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan elit yang korup.


''Namun, jika agama digunakan sebaliknya (salah guna), maka ia tidak mempunyai tempat langsung dalam pentadbiran negara, dan hanya akan menjadi retorik politik identiti semata-mata,'' kata Dr Maszlee dalam satu muat naik di media sosial.


Untuk rekod, Kerangka MADANI mempunyai enam teras, iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan, dan Ihsan.


Kerangka itu merupakan dasar bagi memartabatkan semula Malaysia sebagai negara yang makmur dan dihormati, berpandukan kepada enam nilai tersebut.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page