top of page

Kerajaan zina: Calon PN Padang Serai perlu minta maaf



Tohmahan yang dibuat calon Pilihan Raya Kecil PN untuk parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin bahawa kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini adalah 'kerajaan zina' merupakan sesuatu yang berat dan menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong.


Menurut calon Pakatan Harapan (PH) Dr Mohamad Sofee Razak, tuduhan berkenaan boleh dilihat sebagai menghina Agong, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.


"Semua orang tahu Kerajaan Perpaduan dicadangkan Al-Sultan Abdullah, jadi sangat tidak wajar beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu, ini seperti menghina Baginda.


"Saya menggesa beliau memohon maaf di atas kenyataan berniat jahat dan mempunyai implikasi negatif itu," katanya dipetik.


Azman dilaporkan berkata, beliau melihat ada isyarat jelas penolakan terhadap PH dan BN susulan pembentukan Kerajaan Perpaduan tersebut yang disifatkannya sebagai 'kerajaan zina' dalam salah satu ucapan kempennya di Padang Serai.


Sehubungan itu Mohamad Sofee berkata, beliau hairan mengapa selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan juga Exco Kedah, Azman boleh mengeluarkan ucapan sedemikian rupa.


Katanya, Azman sepatutnya lebih menjaga pertuturan di khalayak ramai kerana statusnya sebagai wakil kerajaan memerintah.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page