top of page

Kerajaan zina: Azman perlu disiasat, biadap hina Agong



Ucapan calon PN parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin yang menyatakan kononnya Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah kerajaan zina antara Pakatan Harapan (PH) dan BN mendapat kecaman meluas rakyat.


Terbaharu Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil mendesak Azman memohon maaf atas kenyataan beliau yang celupar dan kelihatan menghina Yang di-Pertuan Agong yang menitahkan terbentuknya kerajaan berkenaan.


"Azman Nasrudin dari PN mendakwa kerajaan perpaduan yang ada hari ini adalah kerajaan zina, ini adalah satu kenyataan yang sangat biadap yang langsung tidak menghormati kuasa dan hak Yang di-Pertuan Agong di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk melantik Perdana Menteri dan seterusnya membentuk sebuah kerajaan," katanya.


Sehubungan itu, Fahmi mahu pihak berkuasa menyiasat kenyataan yang dikeluarkan oleh Azman itu kerana seolah olah mempertikaikan kuasa Agong dalam melantik Kerajaan.


Katanya, jika Azman tidak mahu menghormati institusi raja berperlembagaan maka beliau hendaklah memulangkan kembali darjah kebesaran yang digunakannya ketika ini.


"Saya berpandangan Azman patut disiasat oleh pihak berkuasa, dan pada masa sama kalau tak setuju dengan Kerajaan Perpaduan yang ada, dan kamu pertikai proses dan kuasa Tuanku maka kamu patut pulangkan balik pingat yang kamu terima dari Sultan Kedah kerana jangan lupa Sultan Kedah juga hadir untuk membincangkan hal perlantikan PM 10.


"Azman kembalikan pingat, henti guna title Dato dan kamu patut disiasat, biadap," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page