top of page

Kerajaan wujud 104 waran perjawatan SBA di sembilan pintu masuk sempadan



Oleh: Abdullah Zaid


Sebanyak 104 waran perjawatan baharu termasuk Ketua Pengarah telah diluluskan bagi penubuhan agensi tunggal (SBA) di sembilan pintu masuk sempadan dan ibu pejabat.


Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata waran perjawatan melibatkan pelbagai skim perjawatan dan gred tersebut kini sedang dalam fasa pengisian.


"Untuk makluman pasukan SBA sedang giat menyelaraskan perbincangan dan libat urus bagi tujuan penggubalan rang undang-undang SBA dan RUU berkaitan.


"Sebanyak 31 akta akan terlibat dalam pindaan berbangkit ini berdasarkan perancangan SBA akan mula beroperasi sepenuhnya di lapangan selepas RUU berbangkit diluluskan yang mana akan dibentangkan pada Jun ini," katanya di Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) mengenai status terkini SBA dan sasaran tarikh agensi baru itu dijangka mula beroperasi.


Mengulas lanjut, katanya, penyelarasan dan libat urus bersama agensi-agensi sedia ada dan pihak berkepentingan juga sedang giat dilaksanakan bagi memastikan koordinasi baik dan harmoni di agensi baharu berkenaan.


"Penyelarasan akan merangkumi secara berfasa di lapangan serta mekanisme pelarasan dasar di pelbagai kementerian.


"Oleh itu, saya yakin SBA akan jadi agensi tunggal di pintu masuk yang menyumbang kepada peningkatan kawalan keselamatan negara," ujarnya lagi.


Untuk rekod, SBA berfungsi mengawal selia sempadan negara meliputi pintu masuk darat dan laut negara bagi pergerakan orang, kenderaan, barangan, tumbuhan dan haiwan.


Kerajaan menjangka pelaksanaan SBA dapat menghasilkan pengurusan lebih selaras bersama penguatkuasaan dan kawalan lebih cekap serta efisien melalui prosedur operasi standard (SOP) yang seragam, selain membantu mengoptimumkan sumber dan peningkatan integriti dalam pengurusan di pintu masuk negara.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page