Kerajaan wajar pertimbang rebat bil utiliti kepada mangsa banjir



Mangsa banjir luar biasa di Selangor dan Pahang wajar dipertimbangkan untuk diberi rebat bil bil utiliti.


Menurut Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN, Loh Ker Chean, operator perkhidmatan utiliti seharusnya melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada mangsa mangsa banjir yang mengalami kerugian berpuluh ribu ringgit dalam bencana berkenaan.


Katanya, amat tidak sesuai mangsa mangsa tersebut terpaksa membawa bil utiliti pada waktu mereka terpaksa menyediakan wang untuk membeli peralatan asas rumahtangga atau perniagaan.


"Mengambil kira impak kewangan yang dihadapi oleh mangsa banjir di seluruh negara, rebat utiliti atau pengecualian bayaran di bawah Program CSR wajar dipertimbangkan oleh pembekal pembekal perkhidmatan


"Saya mencadangkan agar rebat bil air dan elektrik sebanyak RM200 diberikan kepada mangsa banjir yang memiliki rumah, RM500 kepada mangsa banjir yang memiliki lot kedai atau rumah kedai dan RM1500 kepada pemilik-pemilik kilang.


"Di samping itu, perkhidmatan jalur lebar percuma diberikan kepada mangsa banjir selama tiga bulan. Saya juga mencadang Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk mengecualikan cukai pintu premis mangsa banjir selama 6 bulan," katanya.


Menurut beliau, berbanding bantuan kewangan RM1,000 yang tidak seberapa oleh Kerajaan Persekutuan dan kerosakan harta benda yang dialami, pemberian rebat dianggap memberi sedikit kelegaan kepada mangsa.


"Rebat bil ini hanyalah bantuan kewangan kecil berbanding kerugian besar yang dialami oleh orang ramai, para pengusaha dan peniaga akibat kerugian kemusnahan perabot dan kelengkapan kerana banjir.


"Oleh itu, agensi kerajaan dan sektor swasta digesa agar membantu untuk meringankan tekanan kewangan yang dihadapi oleh mangsa banjir di seluruh negara sebagai satu bentuk khidmat negara pada masa-masa getir ini. Ibarat kata pepatah, 'yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing'," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER