top of page

Kerajaan utamakan pemulihan ekonomi, bina semula negara



Kerajaan Madani yang mengambil alih negara dalam keadaan hutang sebesar RM1.5 trilion bertanggungjawab untuk memulihkan ekonomi dan kemaslahatan kehidupan rakyat.


Menurut Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, untuk memastikan pemulihan berlaku maka negara perlu diurus dengan telus dan akauntabiliti. Hal itu dilakukan PM dengan menekankan 3 perkara utama.


"Ada tiga perkata penting. Pertama soal tatakelola, soal kebersihan kerajaan sekarang berbanding sebelum ini. Dilihat ada kesungguhan peringkat kepimpinaan untuk memastikan negara ini dipimpin dengan baik


"Kedua tumpuan kepada rakyat untuk memastikan program yang baik untuk mereka. Salah satu rukun Malaysia Madani untuk memastikan rakyat sejahtera.


"Kita ambil alih negara ini ketika berdepan pelbagai cabaran, hutang, eknomi yang baru nak pulih selepas Covid. Tetapi yang penting adanya kestabilan dalam kepimpinan sehingga kita boleh menyusun program rakyat," katanya dalam sesi penerangan ringkas pada majlis mengagihkan kari ayam dan bantuan bakul makanan di DUN Lembah Jaya, semalam.


Tambah Shamsul, faktor ketiga adalah ketegasan PM di peringkat antarabangsa dalam isu Palestin yang mula mengharumkan imej Malaysia setelah terpalit skandal 1Malaysia Development Berhad yang dianggap kecurangan kewangan terbesar di dunia sejak sedekad lalu.


"Seluruh dunia menyatakan keberanian PM kita dalam mewakili hasrat dan kepentingan Malaysia dalam kes Palestin. Beliau dalam lawatan baru baru ini ke Jerman, di situ PM menyatakan dengan tegas menyanggah pendirian Canselor Jerman dalam isu Palestin.


"Dalam bentuk pelaburan pula RM46 bilion dibawa balik dari lawatan di Jerman.


"Dalam isu Palestin, PM kita menyuarakan pembantaian (pembunuhan) ke atas wanita dan kanak kanak, yang bukan tentera pun dibunuh," katanya.


Mengambil pengajaran konflik di luar negara, Shamsul menekankan agar rakyat Malaysia hidup saling harmoni dan bertoleransi.


Katanya, tidak guna sentimen kaum dan agama sempit sebagaimana perjuangan pembangkang disokong yang akan mengakibatkan terjadinya huru hara di Malaysia.


"Negara kita sejak merdeka berada dalam realiti berbilang kaum. Jatah negara pun (sebut) "Bersekutu bertambah mutu". Kita berada dalam keadaan kepelbagaian. Jiran ada Melayu, Cina dna India.


"Kalau ada kalangan nak main sentimen agama kita mesti tolak. Kalau tengok negara lain diuji dengan perang seperti di Ukraine, semalam di Moscow dibakar (serangan senjata api) oleh kumpulan pengganas. Ini keadaan yang berlaku di negara lain.


"Sebab itu kalau ada kumpulan yang cuba main sentimen agama kita mesti tolak. Kita tidak benarkan itu berlaku. Kalau berlaku tak ada yang untung, semuanya rugi," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page