top of page

Kerajaan umum bantuan subsidi tiket penerbangan sempena perayaan



Kerajaan Perpaduan akan melaksanakan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan kelas ekonomi yang melebihi RM599 sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.


Menteri Pengangkutan Anthony Loke dalam satu sidang media di Putrajaya pada Jumaat berkata insiatif itu akan melibatkan perjalanan tiga hari sebelum perayaan dan akan dimulakan pada perayaan Krismas yang disambut 25 Disember ini.


"Pembelian bermula esok (Sabtu) pukul 12.01 tengah malam bagi perjalanan tiga hari sebelum perayaan iaitu pada 22, 23 dan 24 Dis.


"Dasar sama akan diteruskan tahun hadapan bagi perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan, Hari Gawai dan Krismas dengan pembelian tiket dibuka pada 1 Januari 2024 pukul 12.01 tengah malam.


"Harga tiket penerbangan kelas ekonomi sehala yang disubsidikan ini tidak termasuk cukai dan fi," katanya dipetik.


Mengulas lanjut Loke berkata, perbezaan harga tiket bagi penerbangan kelas ekonomi yang melebihi RM599 akan ditanggung kerajaan.


Memberikan contoh, Loke berkata jika harga tiket penerbangan ekonomi RM1,500 sehala dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu pada 23 Dis, pembeli hanya membayar RM599, manakala RM901 akan ditampung kerajaan.


"Subsidi ini dipersetujui sebulat suara oleh Jemaah Menteri pada 13 Dis lepas ekoran keluhan tentang harga tiket kapal terbang yang tinggi sebelum musim perayaan terutama bagi rakyat Sabah, Sarawak dan Labuan yang menetap, bekerja dan belajar di Semenanjung," jelasnya.


Sementara itu, Loke berkata Mavcom telah memudah cara 114 penerbangan tambahan antara Semenanjung dengan Sabah, Sarawak dan Labuan.


Beliau berkata strategi itu menunjukkan kesan yang positif apabila harga dari Kuala Lumpur ke destinasi utama di Sabah dan Sarawak turun antara lima hingga 33 peratus setakat pagi tadi berbanding minggu lepas.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page