top of page

Kerajaan umum bantuan khas bersasar buat peneroka Felda



Peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang berpendapatan RM1,000 ke bawah bakal menerima bantuan khas bersasar RM300 bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika mengumumkan perkara itu berkata, bantuan kepada setiap peneroka di 317 Tanah Rancangan Felda seluruh negara itu akan disalurkan sebelum sambutan perayaan.


"Peneroka berpendapatan RM1,000 ke bawah dan peneroka yang berpendapatan RM1,001-RM2,000 pula akan mendapat penangguhan potongan hutang (tidak termasuk Kos Operasi Ladang) untuk hasil bulan Mac," katanya dipetik di Majlis Santunan Kasih Ramadan 1445H di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Felda di Sungkai pada Selasa.


Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut memaklumkan, pihak kementerian telah meluluskan projek membina jalan dari Felda Trolak Selatan ke pekan Trolak, Muallim pada tahun lalu dengan kos RM35 juta.


Ketika ini projek di bawah Program Jalan Luar Bandar (JALB) ini sedang dalam peringkat rekabentuk dan dijangka ditender pada Oktober 2024.


"Skop projek ini adalah membina jalan sepanjang 2.3 kilometer (km) dengan spesifikasi JKR R1. Agensi pelaksana projek ini adalah Jabatan Kerja Raya dan bakal memberi manfaat kepada penduduk di Felda Trolak dengan menjimatkan masa perjalanan ke pekan Trolak dari 30 minit kepada 10 minit sahaja," katanya.


Bagi peluang pendidikan generasi Felda, Majlis TVET Negara diarahkan untuk menyelaraskan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) khususnya TVET Generik dan TVET Aras Tinggi bagi meningkatkan kemahiran dan menjana pendapatan.


"Ini termasuk tawaran kursus oleh Institusi TVET Awam seperti GiatMARA, Akademi Binaan Malaysia, Institut Latihan Perindustrian, Kolej Yayasan Felda dan Kolej Komuniti.


"TVET Generik merangkumi skop kursus seperti eknologi Mekanisasi Ladang, bidang pertanian dan penternakan, teknologi kimpalan dan pendawaian, manakala TVET Aras Tinggi seperti Teknologi Aeroangkasa, Digital, Rel, EV (kenderaan elektrik) dan Mikroelektronik (Chip Design)," tambah beliau.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page