top of page

Kerajaan tubuh Suruhanjaya Pekerja Gig - PM



Kebajikan pekerja gig terutama dalam kalangan anak muda di negara ini bakal terbela susulan keputusan kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Pekerja Gig.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa penutupan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Sabtu berkata, keutamaan suruhanjaya itu adalah untuk memberikan keperluan sosial, pertikaian kontrak dan kemajuan kerjaya.


"Langkah ini diambil kerana majoriti besar belia Bumiputera terlibat dalam pekerjaan gig.

"Sebagai pekerja tidak formal, mereka tidak punyai perlindungan perundangan pekerjaan serta sistem perlindungan sosial," katanya.


Ekonomi gig adalah satu trend pasaran bebas memberi kebebasan kepada syarikat untuk membina platform dengan tenaga kerja (pekerja) gig tanpa perlu menjadi pekerja sepenuh masa seperti mana ditakrifkan mengikut Akta Kerja 1955.


Mengikut rekod, sebanyak 80 peratus daripada 1.12 juta pekerja gig yang berdaftar dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) merupakan golongan anak muda.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page