top of page

Kerajaan tubuh pasukan khas tangani ketirisan subsidi diesel



Kerajaan menubuhkan pasukan bertindak khas bagi menangani isu ketirisan subsidi diesel yang dianggarkan hampir RM10 bilion.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata pasukan khas itu diketuai Ketua Setiausahanya, Datuk Azman Mohd Yusof dan arahan telah dikeluarkan bulan lepas bagi meminta pasukan tersebut segera bertindak.


"KSU (Azman) sejak sebulan lepas bersama Pengarah Penguatkuasa KPDN Datuk Azman Adam telah meronda dan melihat logistik di semua lokasi penting khususnya kawasan pedalaman termasuk Sabah serta Sarawak.


"KPDN khuatir di situlah banyak berlaku ketirisan diesel selain di pangkalan nelayan yang dikhuatiri turut berlaku ketirisan diesel untuk nelayan," katanya dalam satu program di Johor Bahru semalam.


Mengulas lanjut, beliau berkata menerusi Ops Terjah yang dilaksana sebelum ini pihaknya telah membuat beberapa tangkapan dalam mengekang ketirisan subsidi.


Malah KPDN kini mempunyai 2,100 anggota penguatkuasa di seluruh negara yang akan menyambut cabaran meminimumkan ketirisan diesel.


Sementara itu, Salahuddin ketika ditanya apakah prosedur mendapatkan diesel bersubsidi akan diperketatkan menjawab kementeriannya akan meneliti semula data ketirisan diesel dengan terperinci sebelum membuat keputusan lanjut.


"Data berkenaan (ketirisan diesel) kita perlu teliti dan periksa untuk dikemas kini terlebih dahulu.


"Sebarang langkah lanjut memerlukan kerjasama dengan kementerian lain terutama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang memberi diesel kepada nelayan," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page