Kerajaan tidak tumbang tetapi Menteri Dalam Negeri boleh letak jawatan ambil tanggungjawab



Susulan kekalahan kerajaan dalam sesi pengundian menuntut diteruskan sambungan Seksyen 4(5) Sosma, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak dianggap tumbang kerana kekalahan tersebut bukan melibatkan Belanjawan negara atau hal hal yang menyentuh pentadbiran.


Bagaimanapun, menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang membawa usul itu ke dalam dewan boleh mengambil tanggungjawab meletak jawatan sekiranya beliau mahu.


"16 Ahli Parlimen dari kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian dalam perbahasan usul ini yang bermula dari jam 12 tengahari sehingga 4.00 petang, diikuti dengan pengundian secara belah bahagi. Pihak Kerajaan mendapat 84 undi manakala pihak Pembangkang 86 undi.


"Ini adalah kekalahan pertama Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri di Parlimen. Kekalahan ini tidak memaksa Menteri Dalam Negeri atau Perdana Menteri meletakkan jawatan atau Kerajaan meminta Parlimen dibubarkan.


"Tetapi tidak menghalang jika Menteri Dalam Negeri ingin mengambil tanggungjawab moral dengan meletakkan jawatan kerana kegagalannya mendapatkan kelulusan Dewan Rakyat terhadap satu usul penting yang berkaitan keselamatan iaitu Sosma," katanya.


Selain itu, Hassan juga tertanya tanya mengenai ketidakhadiran Ahli Parlimen yang penting di pihak kerajaan seperti wakil rakyat Pekan, Bagan Datuk dan Pagoh.


Katanya kekalahan 2 undian itu boleh ditampung sekiranya Zahid Hamidi, Najib Razak dan Mahiaddin Yassin hadir di dewan.


Bagi Hassan, kepanikan kerajaan dapat dilihat apabila mereka mengusulkan penangguhan sidang sebaik sahaja kalah dalam pengundian.


"Kerajaan amat panik dengan kekalahan tidak disangka-sangka ini. Pada pagi tadi, Timbalan Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen dan Undang-Undang, YB Masjid Tanah mengemukakan usul di bawah Aturan Mesyuarat 12(1) bahawa sidang Dewan Rakyat hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibentangkan dan diputuskan Usul Menteri Dalam Negeri dan Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Perlembagaan Persekutuan.


"Tetapi sebaik sahaja Kerajaan mengalami kekalahan dalam usul yang dibawa oleh Menteri Dalam Negeri itu, maka dengan secepat kilat Timbalan Menteri YB Masjid Tanah segera bangun mengemukakan usul terbaru iaitu menangguhkan mesyuarat Dewan Rakyat dengan serta merta.


"Jelas sangat pihak Kerajaan berasa takut kalau hari ini Kerajaan akan kalah lagi dalam pengundian pembentangan RUU Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan kelulusan dua pertiga ahli Dewan Rakyat," katanya.


Untuk rekod, dewan dijadualkan untuk mengundi pindaan Perlembagaan berkait kelayakan pemilih tidak terpakai kepada Raja-raja dan Yang di-Pertua Negeri (YDPN) serta kaum kerabat mereka.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER