top of page

Kerajaan tidak langgar syiar Islam perlu disokong - Dr Taufiq




Kerajaan Perpaduan dari segi hukum Islam perlu disokong selagi mana tindakan pemimpinnya tidak melanggar syiar agama.


Hal itu dinyatakan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Taufiq Johari dalam satu siaran media.


Kata beliau, dakwaan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Sanusi Md Nor yang membayangkan ada usaha sedang digerakan untuk menumbangkan kerajaan tidak sejalan dengan hukum Islam yang diperjuangkan Pas.


"Kerajaan kini adalah hasil nasihat Agong bersama Ahli Parlimen yang mendapat mandat rakyat Malaysia


"Keabsahan kepimpinan ini telah disahkan dalam Dewan Rakyat. Selama satu bulan kerajaan ini dibentuk, banyak perubahan yang baik telah dilakukan

Taufiq membaca hadis jangan berebut kepimpinan

"Sanusi yang saya hormati, jika benar apa yang dikatakan beliau, maka saya mohon beliau menasihatkan golongan (konspirasi) tersebut supaya menghentikan usaha ini kerana kita lihat apa yang baik cuba dilakukan untuk rakyat Malaysia.


"Selama mana kerajaan itu baik dan tidak melanggar syiar Islam dan memberikan kebaikan kepada rakyat maka wajar untuk kita tetap menyokong dan memberikan dukungan kepada kerajaan tersebut," katanya dalam satu klip video.


Dr Taufiq menegaskan bahawa rakyat telah bosan dengan siri pertukaran kerajaan sepanjang 2018 - 2022 lalu sehingga merosakkan ekonomi dan menyebabkan harga barang keperluan melambung.


Katanya, lebih baik pembangkang ketika ini bergandingan untuk membangunkan negeri dan negara berbanding bermain politik toksik dan bercita cita menukar kerajaan.


"Rakyat sudah letih dan jemu dengan permainan politik golongan atasan yang hanya memikirkan kepentingan politik mereka semata mata


"Rakyat juga tidak mahu golongan yang memainkan sentimen keagamaan yang hanya melontarkan tohmahan tanpa asas yang sahih dan benar.


"Sekarang elok kita perlu fokus membangunkan Kedah, memberikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page