top of page

Kerajaan tidak jatuh: Perlu ambil tindakan penyebar khabar angin



Laporan polis yang dibuat di seluruh negara oleh parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan beberapa hari lalu menurut Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin adalah bagi menghentikan penyebaran khabar angin kononnya Kerajaan Madani telah goyah dan bakal rebah.


Beliau berkata demikian dalam forum Borak Dahsyat : 'Apa Sebenarnya Langkah Dubai', malam tadi.


Menurut Shamsul, tiada pimpinan utama PN yang menghadap Yang di-Pertuan Agong dalam sebulan kebelakangan bagi menunjukkan cukup jumlah sokongan Ahli Parlimen ke atas gabungan itu, sebaliknya khabar angin kerajaan tumbang terus tersebar dan dan ianya boleh mensabotaj ekonomi negara.


"Sudah tentu perkara ini perlu kita hentikan. Sepanjang 2023 PM (Anwar Ibrahim) telah bekerja bersungguh sungguh. Nampaknya sudah ada semacam satu keyakinan dari segi ekonomi, pelabur yakin untuk datang.


"Maka pasti mereka yang jahat ini menggunakan peluang awal tahun ini untuk menggugat kestabilan dengan menyiarkan kepada khalayak, memberitahu bahawa kerajaan ini tak lama, nak jatuh dan sebagainya.


"Sebab itu laporan polis saya letak 3 perkara. Pertama, siasat para bloger yang menyebarkan propaganda. Kedua, minta supaya penggerak (Langkah Dubai) mesti ada pemantauan pihak polis. Panggil imigresen, lihat rekod keluar masuk negara, panggil mereka yang pergi ke sana untuk mulakan siasatan.


"Ketiga, supaya tindakan tegas pasukan polis dapat dilakukan segera apabila rakyat sendiri mahukan cakap cakap ini dihentikan," katanya.


Tegas Shamsul, pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 2022 dan lulusnya Akta Anti Lompat Parti adalah bertujuan untuk tidak lagi membenarkan penggunaan Akuan Berkanun (SD) menggantikan Perdana Menteri (PM) semasa dan hal itu, katanya, jelas dalam ucapan PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sewaktu membentangkan akta berkenaan di Dewan Rakyat, iaitu bagi menjamin kestabilan politik Malaysia.


"Maknanya, adanya Akta Anti Lompat Parti tindakan dahulu (guna SD) tidak boleh berlaku.

"Apa makna kita buat akta kalau perkara itu boleh berlaku," katanya.


Oleh itu, beliau mahu rakyat ingat kembali sidang Dewan Rakyat sebulan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah jawatan yang telah diadakan undi percaya ke atas beliau dalam keadaan belum pun mendapat sokongan 2/3 anggota dewan. Dan Anwar, kata Shamsul, lepas ujian itu.


Sehubungan itu, langkah menjatuhkan kerajaan tanpa melalui dewan, katanya, boleh dianggap pembelotan bertujuan memporak perandakan negara.


"Tidak kira langkah itu ada atau tidak tetapi bila semua dah bercakap, Sanusi (MB Kedah) pun cakap dah cukup 120 (Ahli Parlimen), Rosol (pemimpin) Bersatu dah bercakap.


"Kita perlu menghentikan cakap cakap ini kerana tahun 2024, tahun kita beri tumpuan kepada ekonomi dan memberikan yang terbaik kepada rakyat


"Saya juga menjunjung kasih kepada Agong dalam proses (PM) menghadap sebelum mesyuarat kabinet, Agong telah perkenan PM memberi kenyataan yang tegas, jelas bahawa kerajaan tidak ada pertukaran. Malah PM sempat menyindir kalau ada RM500 juta, RM750juta (dana beli Ahli Parlimen) elok beri kepada asnaf dan mereka yang memerlukan.


"Pada saya ini satu mesej yang jelas. Namun mereka yang memulakan gerakan ini perlu dihadap ke muka pengadilan untuk memberi pengajaran," katanya lagi.

0 comments

Комментарии


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page