top of page

Kerajaan teruskan usaha hapus ketirisan, pembaziran



Agenda untuk meningkatkan tatakelola dalam menghapuskan ketirisan dan pembaziran di negara ini akan diteruskan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim


Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, tatakelola merupakan antara faktor penting untuk menarik pelaburan dan meningkatkan persekitaran perniagaan malah menjaga keselamatan rakyat dan sempadan negara.

Tambahnya, perkara itu telah ditekankan semasa pertemuan dengan ketua ketua jabatan dan agensi penguatkuasa berkaitan jenayah kewangan di Kementerian Kewangan.


"Adalah dianggarkan negara mengalami kerugian hasil sebanyak RM5 bilion setahun manakala jenayah kewangan yang menyumbang kepada ekonomi bayangan menyebabkan kehilangan hasil cukai dianggarkan sebanyak RM70 bilion setahun.


"Memandangkan trend jenayah kewangan yang semakin kompleks, saya arahkan kesepaduan dan kerjasama agensi kerajaan dengan lebih proaktif dan efektif," kata Menteri Kewangan itu di Facebook.

Dalam pada itu, Anwar juga berkata amalan perundangan berkaitan pengurusan aset yang disita dan dilucut hak akan ditambah baik sejajar dengan tadbir urus terbaik antarabangsa.


"Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) perlu menambah baik operasi pemantauan untuk memastikan usaha ini terus dipertingkatkan," kata Anwar yang turut merakamkan penghargaan kepada semua anggota agensi berkaitan yang bertungkus lumus memerangi dan menumpaskan jenayah kewangan, selain menyeru kerjasama dan penglibatan rakyat untuk turut serta dalam usaha ini.


"Adalah menjadi harapan besar buat saya dan seluruh rakyat Malaysia agar semua warga dan anggota agensi untuk meneruskan usaha murni ini dan melaksanakan amanah dengan penuh integriti demi mengangkat martabat negara," katanya.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page