Kerajaan terus pantau harga ayam selepas diapungkan


Kerajaan Madani akan terus memantau harga ayam selepas diapungkan mulai 1 November 2023 ini.
Persoalan rakyat yang bimbang akan berlaku kenaikan mendadak harga sebaik sahaja pengapungan adalah tidak relevan kerana Kerajaan boleh melakukan intervensi harga pada bila bila masa yang dirasakan sesuai.
Pengapungan harga juga pernah dilakukan Kerajaan sebelum ini bila mana keadaan pasaran stabil. Subsidi hanya diberikan dalam beberapa bulan lalu akibat harga ayam bulat yang melonjak naik kerana kekurangan bekalan tercetus daripada kenaikan kos bahan makanan ayam.
Kerajaan Madani memberi jaminan pemantauan berterusan akan dilakukan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) dan orang ramai juga diminta membantu mengawasi harga ayam agar tidak melebihi RM10.40 sekilo (selepas kos bersih, cincang ayam) di luar bandar.
Selain itu, Kerajaan Madani akan menjual ayam bulat di bawah harga pasaran melalui 277 outlet Jualan Agro Madani dan 3,564 program Jualan Rahmah pada November dan Disember ini.




Comments