top of page

Kerajaan terus fokus tangani isu sara hidup - PM Anwar



Kerajaan MADANI tetap meletakkan usaha membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat sebagai fokus utama selain terus berusaha meningkatkan ekonomi negara.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui program Soal Jawab yang disiarkan secara langsung di semua televisyen tempatan malam tadi berkata, beliau memahami beban kos hidup yang ditanggung oleh rakyat dan kerajaan berusaha mengawal kenaikan melalui pelbagai inisiatif dilaksanakan.


"Kos sara hidup itu agenda tetap dalam Mesyuarat Jemaah Menteri sebab kita tidak pandang ringan beban rakyat.

"Sebab itu kita beri kenaikan subsidi seperti subsidi padi, pekebun kecil getah, nelayan selain menaikkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta Sumbangan Asas Rahmah (Sara) membabitkan kenaikan RM10 bilion," katanya.


Mengulas lanjut beliau menegaskan, meski pun Malaysia berdepan isu kenaikan kos pelbagai barangan keperluan namun ia berjaya dikawal oleh setiap kementerian yang berkaitan.


Malah Malaysia masih terbaik dari segi kawalan berbanding negara jiran seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina.


Sementara itu Anwar sekali lagi berkata, pentadbiranya bersikap terbuka untuk menerima sebarang kritikan dan teguran sekiranya ia berlandaskan fakta tepat.


"Sebarang suara atau kritikan dan teguran berdasarkan fakta, saya terima baik. Ada bidang kita harus perbaiki dan tiada pemerintah yang sempurna harus dengar (pandangan rakyat)," jelasnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page