top of page

Kerajaan teliti keperluan wujud jawatan lindungi data peribadi



Kerajaan Perpaduan sedang menilai keperluan mewujudkan jawatan pegawai perlindungan data dalam organisasi, melalui pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi (Akta 709).


Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Ahmad Fahmi Fadzil berkata pindaan akta yang bertujuan melindungi data peribadi individu itu dijangka dibentang di Parlimen seawal Oktober ini.


"Satu aspek yang kita lihat ialah pegawai perlindungan data ini, penting bagi organisasi menjaga data...kerana ini ada dibangkitkan (Pengerusi Lembaga Pengarah CyberSecurity Malaysia) Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin, berkenaan masalah penjagaan data oleh setiap organisasi.


"Kita lihat ada keperluan untuk ada jagaan data tetapi semua tertakluk kepada proses untuk mendapat maklum balas daripada pihak berkepentingan dan Jemaah Menteri...sekiranya diluluskan Jemaah Menteri kita bawa pindaan ini paling awal Oktober dan paling lewat bulan Mac (tahun depan)," katanya dipetik.


Fahmi berkata demikian selepas merasmikan Cyber Digital Services, Defence & Security Asia (C|YberDSA) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC pada Selasa.

Mengenai Rang Undang-Undang Keselamatan Siber, Fahmi berkata Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), sedang merangka rang undang-undang yang dijangka akan dibentangkan selewat-lewatnya awal tahun hadapan.


Terdahulu dalam ucaptamanya Fahmi berkata Malaysia kekurangan 12,000 profesional keselamatan siber, dan bagi mengatasinya, kerajaan kini sedang menambah baik sokongan dan laluan untuk pendidikan keselamatan siber.


"Terdapat kekurangan profesional keselamatan siber yang meruncing, yang bukan sahaja dilengkapi dengan kemahiran teknikal yang tepat, tetapi juga mempunyai kreativiti dan pemahaman mendalam mengenai teknologi dan juga kelakuan manusia," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page