top of page

Kerajaan tegas bendung propaganda Zionis, lindungi ruang digital negara

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 28
  • 1 min read

Datuk Fahmi dalam lawatan di Pusat Operasi Sumud Nusantara, MAPIM di Sepang
Datuk Fahmi dalam lawatan di Pusat Operasi Sumud Nusantara, MAPIM di Sepang

Kerajaan menegaskan komitmen untuk terus melindungi ruang digital negara daripada penyebaran propaganda Zionis yang cuba memesongkan fakta berkaitan isu Palestin, khususnya menerusi platform media sosial.


Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sentiasa memantau trend serta mengambil langkah proaktif mengekang kandungan berunsur propaganda agar tidak menular.


"Di sesetengah negara lain, algoritma propaganda Zionis berleluasa, tetapi alhamdulillah di Malaysia kita berjaya mengekangnya," katanya pada sidang media di Pusat Operasi Sumud Nusantara Majlis Perundangan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Sepang, hari ini.


Beliau memberi contoh isu berita palsu kononnya beberapa kapal Global Sumud Flotilla ditahan komando Israel dan dijadikan penjara terapung.


"Tular kononnya beberapa kapal Global Sumud Flotilla telah diserang oleh komando Israel padahal perkara itu tidak berlaku pun dan ura-ura akan diperlakukan sedemikian rupa.


"Ini bukan soal bagaimana kita melindungi peserta flotilla, tetapi kenapa Israel boleh bertindak bebas di perairan antarabangsa tanpa hak sah," tegasnya.


Fahmi berkata, Malaysia sebagai negara berdaulat berhak menyatakan pendirian tanpa tunduk kepada mana-mana tekanan. Malah, isu kandungan berkaitan Gaza dan Palestin yang pernah diturunkan oleh platform seperti Facebook dan Instagram turut dibangkitkan kerajaan dalam pertemuan bersama syarikat induknya, META.


"Mereka akhirnya akur bahawa seorang Perdana Menteri berdaulat berhak menyatakan pendirian dan harapnya dengan perbincangan berterusan ini, kami percaya ia memberikan satu signal kepada platform-platform tersebut," katanya.


Tambah Fahmi, kini kandungan berkaitan Gaza dan Global Sumud Flotilla yang dimuat naik rakyat Malaysia tidak lagi diturunkan atau disekat oleh TikTok, membuktikan suara solidariti Malaysia tetap terpelihara di ruang digital antarabangsa.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page