top of page

Kerajaan tawar biasiswa pelajar tahfiz cemerlang lanjut pelajaran

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read


Kerajaan MADANI menawarkan tajaan biasiswa kepada pelajar tahfiz yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Poly-Tech MARA (UPTM)


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah tersebut selari dengan aspirasi MADANI untuk melahirkan generasi huffaz profesional yang bukan sahaja menguasai ilmu agama, tetapi juga bidang profesional seperti sains dan teknologi.


Justeru, perbincangan dengan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki akan diadakan dalam masa terdekat bagi merealisasikan hasrat berkenaan.


"Biasiswa penuh memang diamalkan Institut Pendidikan MARA (IPMA) kepada pelajar-pelajar cemerlang dan untuk tahun ini kita akan beri keutamaan kepada pelajar maahad tahfiz.


"Selain mereka menjadi huffaz atau penghafal al-Quran, mereka juga akan menjadi ahli profesional (selepas tamat belajar)," katanya dipetik.


Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah berkata begitu ketika ditemui pemberita pada Majlis Graduasi Huffaz dan Apresiasi Kecemerlangan Ulul Albab 2025, Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka, di Ayer Keroh pada Sabtu.


Pada majlis itu, seramai 82 pelajar yang tamat menghafaz 30 juzuk al-Quran sepanjang tahun lalu selain 46 pelajar cemerlang SPM menerima sijil penghargaan masing-masing.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page