top of page

Kerajaan tangani segera kandungan media sosial provokatif



Kerajaan Perpaduan akan segera menangani kandungan media sosial berunsur provokatif yang sejak kebelakangan ini menjadi ancaman kepada keharmonian negara.


Menurut Menteri Komunikasi Digital, Ahmad Fahmi Fadzil, mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam telah pun menekankan perlunya unsur provokatif yang tersebar dalam kalangan masyarakat disekat.


Oleh itu katanya, kementerian beliau akan mengambil langkah untuk mengawal unsur unsur yang menggugat keharmonian dan menyentuh sensitiviti kedudukan institusi raja, agama dan bangsa di platform media sosial.


"Susulan itu, saya telah mengadakan perjumpaan antara Kementerian Komunikasi Digital, penyedia platform TikTok dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mengutarakan kebimbangan dan keseriusan impak negatif daripada kandungan seumpama ini, yang tersebar luas dalam kalangan masyarakat Malaysia yang majmuk, rencam dan harmoni.


"Hasil perbincangan ini, pihak TikTok telah menyatakan hasrat dan komitmen untuk menjalin kerjasama strategik dengan Kementerian Komunikasi Digital melalui SKMM untuk segera membendung dan membanteras penyebaran kandungan berunsur provokatif dan bersifat ekstremis di media sosial yang menganggu keharmonian pelbagai lapisan masyarakat dalam negara kita yang tercinta ini," katanya dalam satu kenyataan.


Tambah Fahmi, beliau juga akan mengadakan beberapa lagi siri perjumpaan dengan penyedia platform media sosial yang lain bagi memastikan isu berkenaan ditangani secara holisitik dalam masa terdekat.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page