top of page

Kerajaan sumbang RM500 pencarum KWSP kurang RM10 ribu

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Feb 24, 2023
  • 1 min read

ree

Kerajaan prihatin terhadap pengeluaran caruman KWSP yang semakin berkurangan terutama terhadap golongan berpendapatan rendah akibat pandemik Covid 19 sebelum ini.


Oleh itu, menurut Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kerajaan Perpaduan akan menyumbang RM500 kepada pencarum yang mempunyai caruman kurang RM10,000 dalam Akaun 1.


"Kerajaan beriltizam untuk membantu rakyat membina semula simpanan persaraan mereka bagi memastikan simpanan yang ada kelak mencukupi untuk membiayai hari persaraan.


"Kepada ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang 10 ribu ringgit di dalam Akaun 1 mereka,

Kerajaan bersetuju untuk menambah caruman simpanan KWSP Akaun 1 mereka sebanyak 500 ringgit. Program ini akan memberi

manfaat kepada hampir 2 juta ahli KWSP melibatkan peruntukan hampir 1 billion ringgit," katanya.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page