top of page

Kerajaan setuju teruskan pemberian khas pesara perkhidmatan awam

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 21, 2024
  • 1 min read

PM dalam satu sidang media pada majlis dialog bersama wartawan di Subang Jaya. Foto: FB Anwar
PM dalam satu sidang media pada majlis dialog bersama wartawan di Subang Jaya. Foto: FB Anwar

Kerajaan Madani bersetuju meneruskan polisi memberi Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP). Hal itu diputuskan oleh Jemaah Menteri dalam mesyuarat semalam.


Menurut Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim pemberian tersebut melibatkan mana-mana pesara dan penerima pencen terbitan yang telah menikmati PKKP.


Pemberian itu, jelas beliau, bagi memastikan golongan pesara menerima amaun yang lebih tinggi untuk menjaga kebajikan mereka dalam menangani kos sara hidup semasa.


"Ini adalah bukti keprihatinan Kerajaan Madani selaras dengan konsep Ihsan," katanya dipetik Kosmo dalam sidang media diadakan di Subang Jaya hari ini.


Tambah PM, Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang berkuat kuasa pada 1 Disember 2024 lalu turut melibatkan penyelarasan pencen kepada pesara dan penerima pencen terbitan.


"Berdasarkan semakan gaji perkhidmatan awam selaras dengan seksyen 3, Akta Penyelarasan Pencen 1980 [Akta 238].


"Amaun pencen akan diselaraskan berdasarkan peratusan pelarasan gaji ke atas gaji akhir pesara mengikut kumpulan perkhidmatan masing-masing secara berfasa pada 1 Disember 2024 dan 1 Januari 2026," katanya lagi.


Untuk rekod, Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024 turut melibatkan penyelarasan pencen kepada pesara dan penerima pencen terbitan berdasarkan semakan gaji perkhidmatan awam selaras dengan seksyen 3, Akta Penyelarasan Pencen 1980 [Akta 238].


Amaun pencen kepada penerima diselaraskan berdasarkan peratusan pelarasan gaji ke atas gaji akhir pesara mengikut kumpulan perkhidmatan masing-masing secara berfasa pada 1 Disember 2024 dan 1 Januari 2026.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page