top of page

Kerajaan setuju cadangan DBKL kurangkan kesesakan jalan di KL

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 19, 2023
  • 1 min read


Kementerian Pengangkutan hari ini bersetuju dengan cadangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkenaan kaedah untuk mengurangkan kesesakan jalan di ibu kota.


Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook yang mengadakan mesyuarat bersama Jawatankuasa Teknikal Kesesakan Jalan Raya, cadangan untuk melaksanakan laluan hala bertentangan (contra-flow) tersebut disetujui dilakukan melibatkan tiga lokasi.


Lokasi yang dipilih ialah Laluan Tol Plus Sg Besi – ke Persimpangan BESRAYA; Pemanjangan laluan kontra dari Jalan Maharajalela ke Taman Connaught dan Jalan Ampang dari Ampang Point ke Jalan Tun Razak.


"Mesyuarat juga bersetuju supaya MIROS membantu menyediakan satu garis panduan (teknikal dan keselamatan) berhubung pelaksanaan contra lane di atas," katanya dalam satu kenyataan.


Manakala cadangan laluan trafik dua hala di Jalan Sultan Ismail iaitu dari persimpangan Jalan Sultan Ismail – Raja Chulan ke Persimpangan Jalan Sultan Ismail – Jalan Bukit Bintang adalah bertujuan untuk mengurangkan penumpuan trafik di Jalan

Bukit Bintang berhadapan Pavilion.


Mesyuarat itu juga bersetuju pihak DBKL meneliti cadangan tersebut dengan melaksanakan simulasi trafik, mengambil kira kemasukkan aliran trafik dari laluan-lauan jalan lain yang memasuki kawasan terbabit.


Pihak DBKL juga digalakkan melibatkan pihak KKR, LLM dan MIROS dalam kajian simulasi aliran trafik tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page