top of page

Kerajaan semak semula Akta 183, cari penyelesaian urus gelandangan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

ree

Kerajaan sedang meneliti semula secara mendalam undang-undang berkaitan pengurusan gelandangan sebagai sebahagian usaha merangka penyelesaian menyeluruh terhadap isu tersebut.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (gambar) berkata, penelitian dan pelaksanaan terhadap Akta Orang-Orang Papa 1977 (Akta 183) itu bertujuan menentukan pihak bertanggungjawab serta pendekatan terbaik dalam mengurus kelompok tersebut.


"Kita teliti siapa yang bertanggungjawab di bawah akta tersebut dan mencari penyelesaian terbaik untuk isu gelandangan," katanya selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Residensi Akasia Jubilee, di Kuala Lumpur pada Khamis.


Mengulas lanjut mengenai isu tersebut beliau menjelaskan, kawasan ‘hot spot’ gelandangan di sekitar pusat bandar antaranya sekitar Bangkok Bank dan Jalan Pudu selain beberapa lokasi baharu yang muncul berikutan pembangunan infrastruktur di kawasan tertentu.


Gelandangan yang dikenal pasti pula mempunyai latar belakang berbeza termasuk pelarian berdaftar di bawah UNHCR, penagih dadah, individu mengalami masalah mental serta mereka yang berada di Kuala Lumpur untuk tempoh sementara.


"Kadang-kadang dalam satu operasi kita dapat sehingga 400 orang. Ini menunjukkan isu ini memang berterusan dan memerlukan pendekatan lebih tuntas.


"Sebahagian gelandangan yang dibawa ke pusat pemulihan di Gemenceh menamatkan latihan dan berjaya mendapat pekerjaan, menunjukkan langkah intervensi mampu mengubah kehidupan mereka," tambahnya.


Sementara itu beliau menjelaskan, ketika ini terdapat tiga lokasi yang membenarkan gelandangan tidur dan mendapatkan makanan harian antaranya Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku.


Beliau turut menyeru agar semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menghantar makanan terus ke pusat gelandangan berbanding memberi sumbangan di jalanan, sekali gus menjejaskan kebersihan bandar raya.


"Ada keadaan di mana makanan disalurkan terus di jalanan itu dipilih-pilih dan yang tidak diperlukan dibuang. Ini menjejaskan kebersihan bandar," ujarnya.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page