top of page

Kerajaan Selangor teruskan Insentif Haji Muassasah 2022



Kerajaan Negeri berusaha membantu mengurangkan beban jemaah haji dari Selangor dengan menyediakan insentif haji muassasah kepada mereka.


Menurut Menteri Besar Selangor (MB), Datuk Seri Amirudin Shari, Insentif Haji Muassasah Selangor 2022 yang telah pun masuk tahun kelima akan sekali lagi menemui bakal haji Selangor setelah tertangguh selama dua tahun akibat pandemik Covid-19


Katanya, inisiatif itu akan memanfaatkan 3,000 bakal jemaah haji dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta.


"Setiap penerima insentif kali ini akan menerima wang tunai sumbangan Kerajaan Negeri sebanyak RM500 beserta kit cenderamata mengandungi beg, penyahkuman tangan, losyen, pelembap bibir, tuala muka serta tisu basah.


"Urusan permohonan insentif ini akan dijalankan seawal Isnin, 23 Mei 2022 sehingga Rabu, 31 Ogos 2022 melalui Pusat Khidmat Ahli Dewan Negeri (ADN) dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Selangor," katanya.


Tambah beliau, bakal jemaah haji yang berminat hanya perlu membawa kad pengenalan serta salinan surat tawaran mengerjakan haji muassasah yang lengkap dengan maklumat penerbangan sewaktu membuat permohonan berkenaan.


"Insentif Haji Muassasah Selangor adalah satu lagi usaha Kerajaan Negeri yang diurusetiakan oleh Menteri Besar Selangor (MBI) sebagai sebahagian Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) anjuran MBI," katanya lagi.


Amirudin berharap inisiatif ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban serta mempermudah urusan bakal tetamu-tetamu Allah yang terpilih.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page