Kerajaan Selangor serah watikah kepada Penggerak Belia Selangor



Golongan belia merupakan hampir 50% daripada populasi penduduk di negeri Selangor, iaitu 2.9 juta daripada 6.5 juta penduduk pada 2021.


Sehubungan itu, menurut Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman, Kerajaan Selangor telah mewujudkan Penggerak Belia Selangor (PeBS) bagi menwujudkan suatu hubungan baik antara belia dan kerajaan.


"Kerajaan Negeri telah mewujudkan Penggerak Belia Selangor (PeBS) yang terdiri daripada seramai 280 lantikan di seluruh Negeri Selangor.


"PeBS ini akan menumpukan belia dalam 10 teras utama," katanya.


Teras utama itu, kata Khairuddin ialah Pendidikan dan latihan; Kemasyarakatan, jaringan dan kesukarelawan; Kebudayaan dan kesenian; Belia dan kecergasan; Kepimpinan dan organisasi; Kesejahteraan dan kesihatan; Pengantarabangsaan; Usahawan dan pekerjaan; Teknologi maklumat dan komunikasi serta Agama dan spiritual


Bagi jangka panjang, tambah beliau, Kerajaan Negeri akan memperkenalkan “Enakmen Penggerak Belia Selangor” yang akan dibentangkan dalam sidang Dewan Negeri pada November ini. Ini bertujuan bagi mewujudkan suatu organisasi kukuh bagi mendekati belia dan persatuan belia dalam Negeri Selangor.


"Pada hari ini seramai 10 Exco Jawatankuasa Induk PeBS dan 280 PeBS menerima watikah pelantikan dari Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar Selangor, dan mereka akan digerakkan ke semua Dewan Undangan Negeri (DUN) dan daerah bagi membina hubungan

dan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan belia di lapangan.


"Penyerahan watikah ini merupakan tanda kepercayaan dan pengiktirafan Kerajaan Negeri kepada pemimpin muda di Selangor dalam bersama menentukan hala tuju Negeri Selangor," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER