top of page

Kerajaan Selangor sediakan sayur murah, Kerajaan Persekutuan buat apa?



Inisiatif Kerajaan Negeri menyediakan gerai menjual sayur sayuran berharga 20 - 30% lebih rendah daripada harga pasaran merupakan langkah terbaik membantu rakyat yang tertekan akibat kenaikan harga bahan makanan ketika ini.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif sayuran murah dari ladang

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) milik agensi Kerajaan Negeri itu amat membanggakan dan perlu dicontohi oleh kerajaan pusat.


"Saya hadir singkat untuk memberikan sokongan inisiatif MB Selangor dan PKPS yang mengambil langkah mengurangkan tekanan harga yang berlaku sekarang


"Saya rasa Kerajaan Persekutuan telah gagal kerana tidak mengambil apa apa langkah segera. Dia (sepatutnya) ada rancangan bila ada krisis. Kalau kita tengok (di tapak jualan) sayur harga RM2, RM 1.50, kita tengok PKPS ada fruit valley, ladang sendiri dan kurangkan kos.


"Ada 5 outlet yang mereka kendalikan. Sekarang saya nak tanya mana agensi Kerajaan Persekutuan. Patut dalam keadaan begini FAMA, MARDI, segala macam agensi turun ke bawah, kurangkan beban. Bawa dari ladang, supaya petani dapat harga lebih baik dan kurangkan harga bagi pengguna," katanya dalam sidang media di Shah Alam, tengah hari tadi.


Anwar menyifatkan kenaikan harga bahan makanan waktu ini sebagai krisis negara dan Kerajaan BN perlu mencari penyelesaian segera bagi meredakan keadaan


Di samping itu, beliau mengharapkan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor itu dapat dikembangkan lagi bagi mengurangkan tekanan harga.


"Saya sebenarnya datang kerana ikuti perkembangan di sini dan kita patut beri sokongan dan contoh membanggakan bagi Kerajaan Negeri Selangor.


"Saya harap Kerajaan Negeri lain dan Kerajaan Persekutuan ambil tindakan segera. Harga sayur, ikan, ayam, semuanya naik menggila sekarang


"Ini saya sebut sebagai krisis nasional dari segi beban kepada rakyat. Jadi saya ucap terima kasih pada PKPS atas inisiatif ini, mudah mudahan dapat berkembang lagi. Inisiatif sangat membanggakan, kalau kita lihat penurunan harga yang begitu mendadak sekali," katanya lagi.


PKPS telah membuka gerai jualan sayur sayuran dari ladang sejak beberapa hari lalu dan mendapat sambutan menggalakkan dari pengguna di sekitar Shah Alam kerana harga yang jauh lebih murah.



0 comments

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page