top of page

Kerajaan Selangor salur RM3.1 juta baik pulih 5 pangsapuri di DUN Batang Kali

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 15, 2025
  • 1 min read

Datuk Borhan (berbusana Melayu warna biru) dalam majlis penutup Program Rewang Komuniti Strata
Datuk Borhan (berbusana Melayu warna biru) dalam majlis penutup Program Rewang Komuniti Strata

Lima pangsapuri di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali menerima peruntukan baik pulih bangunan berjumlah lebih RM3 juta bagi meningkatkan keselesaan dan keselamatan penduduk.


Exco Perumahan, Datuk Borhan Aman Shah berkata, projek berkenaan melibatkan kerja penggantian bumbung, mengecat semula bangunan, naik taraf tangki air serta pendawaian semula.


"Jumlah keseluruhan peruntukan adalah sebanyak RM3,140,233 dan ini membuktikan komuniti yang bersatu padu serta berusaha mendapatkan bantuan akhirnya menerima manfaat yang memberi kesan positif kepada penduduk," katanya dipetik.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup Program Rewang Komuniti Strata di Tapak Penjaja Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, pada Sabtu.


Lima pangsapuri terbabit ialah Apartment Buginvilla (RM271,623) , Apartment Seri Kemboja (RM1.29 juta) Apartment Sri Bakawali RM1.2 juta), Apartment Seri Kembangan (RM125,330) dan Apartment Seri Tulip sebanyak RM255,380.

Program Rewang Komuniti Strata mula dilaksanakan pada 2024 merupakan inisiatif Kerajaan Negeri merapatkan hubungan komuniti pangsapuri, memupuk nilai murni serta mengangkat potensi masyarakat bandar dalam pelbagai aspek.


Selain itu, ia sebagai platform penting untuk mengenal pasti keperluan penyelenggaraan, keselamatan, kebersihan serta kebajikan komuniti strata yang sering berdepan cabaran pengurusan dan kos penyelenggaraan yang tinggi.


Sementara itu, Borhan dalam ucapannya berharap sumbangan baik pulih daripada Kerajaan Negeri, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta menerusi Projek Selangor Penyayang dapat memberikan keselesaan kepada penduduk setempat.


Beliau turut menggesa penghuni pangsapuri agar memanfaatkan Program Rewang Komuniti Strata sebagai platform untuk menyalurkan aduan serta menyuarakan sebarang isu berkaitan kediaman masing-masing.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page