top of page

Kerajaan Selangor, LUAS ambil tindakan pantas halang pencemaran Sg Langat



Kerajaan Selangor, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) berjaya menghalang berlakunya pencemaran di Sungai Langat yang boleh menyebabkan terhentinya operasi Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih 2.


Menurut Exco Pelancongan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli, Hee Loy Sian, pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) telah menerima laporan kelmarin, terdapatnya pembuangan sisa bahan kimia di kawasan rizab sungai, berupa beberapa tong cecair pelarut yang ditinggalkan.


Katanya, pihak MPKJ dan LUAS segera ke tempat tersebut berhampiran Taman Reko, Kajang untuk melakukan siasatan.


"Semalam pukul 5 petang, LUAS telah menerima laporan daripada MPKJ berhubung penemuan sebuah premis yang dijadikan tempat pembuangan haram bahan sisa kimia yang tidak diuruskan dengan baik serta berpotensi mendatangkan pencemaran kepada Sungai Langat.


"Siasatan awal pihak LUAS bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS), SPAN dan MPKJ menemui 13 tong besar dan 6 tong kecil yang berisi cecair bahan kimia.


"Siasatan lanjut mendapati cecair itu merupakan bahan buangan berjadual yang terkandung dalam tong besar, mengeluarkan bau seakan bahan pelarut (solven), manakala cecair kimia dalam tong kecil berbau seakan penipis cat (thinner).


"Bahan buangan berjadual ini seharusnya dilupuskan di tempat ditetapkan selaras Akta Kualiti Alam Sekitar1974," katanya dalam sidang media di tempat kejadian.


Bagaimanapun, menurut Hee, bahan-bahan kimia berkenaan belum mencemari sungai berdekatan berdasarkan tiada kesan tumpahan mahu pun bau.


Menurutnya, jarak dari tempat penemuan bahan kimia itu ke muka sauk LRA terdekat, Loji Semenyih 2 kira-kira 13 kilometer dan LRA di Tampoi dalam anggaran 24 kilometer.


"Siasatan LUAS juga mendapati keadaan tebing sungai berdekatan tiada tumpahan bahan kimia yang mengalir ke sungai Langat


"Pemantauan rapi yang dilaksanakan LUAS di bahagian hilir tapak premis mendapati tiada kesan bau solven di sungai Langat. Oleh itu tiada henti tugas LRA dan gangguan bekalan air berlaku.


"Selaras enakmen LUAS pindaan 2020, pencemar air (dalam kes tersebut) boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau denda tidak kurang RM200,000 dan tidak melebihi RM1 juta," katanya lagi.


Ahli Dewan Negeri Kajang itu juga berkata, sejak 2021 terdapat 7 insiden kes kod kuning yang tidak menyebabkan gangguan loji bekalan air tetapi berpotensi mencemarkan sungai dan berkemungkinan boleh menghenti tugas LRA telah berlaku.


"Di mana pada 15 Januari berlaku di Sungai Cincang, di Taman Teknologi Bandar Instek, Negeri Sembilan. Kedua di Sungai Gong, perlepasan bahan kimia IWK di Rawang. Ketiga di Sungai Semenyih, air berbau. Keempat di Sungai Kabuh, Hulu langat. Kelima Sungai Goh, Keenam Sungai Gong dan Ketujuh di Sungai Semenyih.


"Sungai Semenyih dan Sungai Gong, Rawang adalah tempat sering berlaku pencemaran. Bagaimanapun kita dapat menangani isu pencemaran ini," katanya.


Sehubungan itu, beliau menyeru agar orang ramai agar memberi maklumat segera kepada pihak berkuasa sekiranya mendapati berlaku aktiviti mencurigakan berhampiran sungai atau tali air.


Maklumat boleh disalurkan kepada: aduan@luas.gov.my atau pun WhatsApp 0192647904.


Katanya, orang awam akan diberi ganjaran RM20,000 sekiranya maklumat yang diberikan tepat sehingga pencemar sumber air dihukum di mahkamah.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page