top of page

Kerajaan Selangor komited selesai projek tertangguh secara profesional

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 9 hours ago
  • 1 min read
Saifuddin Shafi mengadakan mesyuarat libatkan MBDK, PTG serta Syarikat Kejuruteraan Puncak Emas Sdn Bhd
Saifuddin Shafi mengadakan mesyuarat libatkan MBDK, PTG serta Syarikat Kejuruteraan Puncak Emas Sdn Bhd

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan Negeri Selangor terus menunjukkan komitmen untuk menyelesaikan isu-isu tertangguh secara adil dan profesional, sejajar dengan prinsip pentadbiran berintegriti dan mesra rakyat.


Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Saifuddin Shafi Mohamad, berkata satu mesyuarat khas telah diadakan pada Selasa melibatkan wakil Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) serta Syarikat Kejuruteraan Puncak Emas Sdn Bhd.


"Mesyuarat ini bertujuan membincangkan penyelesaian terbaik berhubung pelaksanaan projek yang tertangguh hampir setengah tahun.


"Dalam pertemuan tersebut, prinsip keadilan dan profesionalisme menjadi keutamaan demi memastikan semua pihak mencapai kata sepakat yang saling memuaskan," katanya dalam kenyataan media.


Beliau turut memetik pepatah Melayu, “ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah”, sebagai simbolik kepada pendekatan adil yang diambil kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu berbangkit tanpa menjejaskan mana-mana pihak.


Menurut Saifuddin, perbincangan tersebut mencerminkan iltizam Kerajaan Negeri untuk menangani cabaran pentadbiran secara inklusif, telus dan menyeluruh, demi kepentingan rakyat serta kelancaran pelaksanaan projek pembangunan negeri.


Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap kepakaran dan kebijaksanaan pegawai-pegawai PTGS dan MBDK dalam merumuskan penyelesaian yang adil dan tuntas, selaras dengan usaha mempertahankan integriti pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page