Kerajaan Selangor hargai perajurit, beri sumbangan RM20,000
- Redzuan Shamsudin
- May 29, 2023
- 1 min read

Kerajaan Selangor menghargai perajurit yang berjuang mempertaruhkan nyawa mempertahankan tanah air.
Sehubungan itu, Exco Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman semalam menganjurkan majlis meraikan bekas perajurit pada peringkat DUN Paya Jaras.
Beliau turut menyerahkan sumbangan Kerajaan Negeri kepada Badan Kebajian Bekas Perajurit Sungai Buloh.
"Majlis penghargaan bekas perajurit ini adalah program tahunan Kerajaan Negeri yang bertujuan membantu kebajikan bekas Perajurit dengan sumbangan berjumlah RM10,000 pada tahun 2022 dan RM20,000 pada tahun 2023, disumbangkan kepada Badan Kebajikan Bekas Perajurit Sungai Buloh.
"Di samping itu, RM5,000 diberi kepada Badan Kebajikan Isteri Bekas Perajurit (SURI).
"Inisiatif Kerajaan Negeri melalui program ini sebagai tanda penghargaan kepada mereka atas jasa dan bakti menjaga keamanan negara, sekaligus meraikan bekas perajurit yang menetap di bawah persatuan Badan Kebajian Bekas Perajurit Sungai Buloh," kata Khairuddin dalam satu kenyataan.
Beliau berharap dengan penganjuran program tersebut akan dapat membudayakan semangat saling membantu bagi mengeratkan ikatan ukhwah antara Kerajaan Negeri dan masyarakat setempat, khususnya bekas perajurit.
Kem tentera dan logistik tentera di Sungai Buloh adalah antara terbesar di Malaysia dan DUN Paya Jaras mempunyai ramai bekas tentera.
Majlis Penghargaan Bekas Perajurit Peringkat DUN Paya Jaras semalam diadakan di Dewan Banquet, Kelab Rahman Putra, Sungai Buloh.
Comments