top of page

Kerajaan Selangor desak sekatan antarabangsa terhadap rejim Israel

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 3
  • 1 min read
ree

Kerajaan Negeri Selangor menyifatkan tindakan rejim Zionis Israel memintas misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) sebagai jenayah pengecut yang melanggar undang-undang antarabangsa serta hak asasi manusia.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata, penahanan aktivis daripada 44 negara yang membawa bantuan makanan dan perubatan ke Gaza jelas melampaui batas.


"Misi flotilla ini digerakkan dengan tujuan mulia untuk membantu rakyat Gaza yang menjadi mangsa genosid.


"Sudah tiba masanya semua negara bersatu menolak sebarang usaha bertolak ansur dengan jenayah berterusan ini, dan memulakan sekatan antarabangsa yang komprehensif terhadap Israel," katanya dipetik.


Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan 23 rakyat Malaysia yang menyertai misi tersebut telah ditahan tentera Israel.


Kerajaan kini giat berhubung dengan beberapa pemimpin antarabangsa termasuk Sheikh Mohammed Abdulrahman Al Thani dari Qatar dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan bagi memastikan pembebasan mereka.


Dalam pada itu, Amirudin menegaskan sokongan penuh Kerajaan Negeri terhadap semua usaha yang digerakkan pentadbiran Perdana Menteri untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang ditahan.


Beliau turut menyeru seluruh rakyat untuk bersolidariti dan memberi sokongan penuh terhadap usaha tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page